June 30, 2009

penangan transformer

salam. hari jumaat hari tu aku singgah TGV kat jusco tebrau. mak aiiii orang punya la ramai. yang tengah tunggu nak masuk pawagam pun ramai, yang nak beli tiket pun ramai. dan tak pasal pasal ngan aku sekali terbabit beratur pasal nak tengok transformer punya pasal.
tunggu nak dekat 1/2 jam jugak la baru sampai turn aku kat kaunter tiket. aku tanya dengan budak yang jaga tiket tu tiket untuk tayangan malam sabtu ada tak, dia kat sorry bang dah sold out. aku tanya lagi hari ahad adak tak? dia cakap hari ahad ada tapi tinggal row depan je. aku cakap ngan wife aku malas la nak tengok depan depan. mau mendongak aku nengok citer tu.
at last aku beli untuk hari isnin punya pasal hari isnin tu aku dapat seat yang paling atas sekali. ok aku terus beli untuk tiga orang. dah dapat tiket nak balik kena beratur lagi. aduhhh .... penat beratur je la. yang ni beratur pasal nak bayar parking. dulu kat jusco boleh bayar kat information kaunter sekarang tidak lagi pasal dia dah pacakkan autopay kat luar. so nak tak nak kena la beratur. at last dapat jugak balik. adios..

beratur masa nak bayar parking.

beratur masa nak beli tiket transformer





No comments:

Post a Comment