June 15, 2009

berhenti merokok?

salam. mari kita berkata tentang rokok. merokok ni memang tidak bagus untuk kesihatan. tapi aku pelik mengapa masih ramai orang yang merokok masih merokok walaupun diorang tau yang merokok itu membahayakan kesihatan.
kalau bab rokok ni kalau kita bertanya kepada orang yang memang tak hisap rokok memang dioarang akan mengatakan merokok ini satu pembaziran. tetapi kalau kita bertanya kepada orang yang merokok mereka masing masing ada hujah yang tersendiri.
seperti perokok perokok yang lain, aku juga seorang perokok. nak kata aku ni perokok tegar mungkin jugak sebab satu hari aku anggarkan yang aku akan menghisap lebih kurang 15 -20 batang rokok. ada jugak hajat kat hati nak berhenti merokok tetapi keazaman yang terbit kat hati ni kejap je.
kepada penghisap rokok, rokok ni biasanya kita hisap selepas makan, berborak borak ngan kawan kawan dan yang paling penting ketika kita sedang melakukan kerja. contohnya seperti aku kalau aku kena turun site untuk inspection memang berbatang batang rokok yang aku hisap. aku pun tak tau kenapa kalau kerja aku akan menghisap rokok dengan rakus sekali. lagi satu kalau ada rewang kerja kahwin ke, gotong royong ke confirm, mulut aku ni dah macam serombong kapal dah.
keluarga aku juga ada menasihatkan aku tentang rokok ni tapi aku ambil endah tak endah je. nak berhenti tu susah bebeno. kerajaan ada letak macam macam gambar kat kotak rokok tu tapi bagi penghisap rokok tegar melihat gambar tu relax je. macam nampak tak nampak je gambar tu. tak tau la sampai bila aku nak hisap rokok ni. nanti aku akan fikir fikirkan. so pada perokok perokok semua tepuk dada tanya selera. adios....

dunhill... antara rokok pilihan kaki kaki rokok...

No comments:

Post a Comment