June 19, 2009

cerita tentang kartun

salam. hari ni aku nak bercerita sedikit tentang kartun. anak anak sekarang beruntung, kat tv bermacam macam siaran kartun ada. ada kartun dari pelbagai negara dan yang paling budak budak minat kartun daripada negeri matahari terbit iaitu jepun.
aku pun tak paham kenapa la negara jepun tu boleh mengeluarkan begitu banyak siri atau cerita kartun. antara yang menjadi kegilaan masa aku kecik dulu adalah kartun space cop gaban. pergh... dia punya kalau sekarang aku tengok musti tak masuk akal. tapi memandangkan aku masa tu kecik secara automatik dalam kepala hotak aku dah besar nanti nak jadi macam space cop gaban jugak.
kalau sekarang ni macam macam kartun dari jepun antaranya doremon, kiteretsu, detective conan, ultraman dan dalam banyak banyak kartun jepun yang aku suka sekarang ialah hagemaru. aku pun tak tau, kalau anak aku nengok hagemaru dengan aku aku sekali dok layan. budak hagemaru ni punya la nakal, habis kat sekolah dia kenakan cikgu ngan kawan kawan dia. antara kawan yang selalu dia kenakan ialah kondo. asyik kena je.
hagemaru ni pulak syok kat satu budak nama dia midori. nama cikgu hagemaru pulak cikgu sakura. si cikgu ni pun selalu kena ngan hagemaru. tapi si kondo ni anak orang kaya. apa yang kondo ada mesti si hagemaru ni nak jugak. tapi yang bestnya mak si hagemaru ni punya la kedekut nak mampus, ada je idea nak kenakan hagemaru. nama bapak hagemaru ialah hageda. nama anjing hagemaru, pesu. anjing ni pun selalu kena ngan hagemaru. pendek kata semua la kena ngan si hagemaru ni.
watak lain dalam kartun ni ialah kak busu ngan atuk tonarida. dioarang ni pun lawak jugak. time kalau layan kartun hagemaru ni aku mesti tunggu ada satu episod ''perangai pelik 10 terbaik". macam macam perangai pelik yang si hagemaru ni buat. kalau korang ada masa boleh la korang tengok kartun ni kat astro channel 611. syok ooooooo

No comments:

Post a Comment