October 27, 2009

kejadian tempoh hari

Mayat anak tanpa kepala


JOHOR BAHRU: Hati seorang ibu tunggal bertambah remuk apabila mendapati mayat anak lelakinya berusia lima tahun yang hilang dihanyutkan arus di Sungai Tiram di sini sejak Jumaat lalu, ditemui semula tanpa berkepala, kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian, semalam.
Apa yang meyakinkan Fadzilah Abdul Malik, 38, bahawa jasad yang kaku terbaring di atas meja pembersihan di Bilik Mayat Hospital Sultan Ismail (HSI) itu adalah anaknya Arfan Danni Asri ialah baju-T berwarna biru cair yang dipakainya.
Anak ketiga daripada lima beradik itu dikatakan terjatuh dalam longkang besar berhampiran kediamannya sebelum dihanyutkan arus deras tiga hari lalu, dijumpai kira-kira jam 1.45 tengah hari semalam, di kuala Sungai Tiram, tanpa kepala dipercayai dimakan binatang liar.
Menceritakan detik memilukan itu, Fadziah berkata, ia berlaku pada jam kira-kira 3 petang Jumaat lalu apabila Arfan Danni yang keluar bermain di taman permainan kanak-kanak berdekatan rumahnya Jalan Lading 40, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram itu, hilang dipercayai tergelincir ke dalam longkang berukuran kira-kira 0.5 meter.
“Saya membenarkan Arfan Danni bermain bersama abangnya, Amir Danis (6) dan adik perempuannya, Arfina Farisah (4), kerana ketika itu awan masih cerah.
“Tidak lama kemudian, hujan lebat dan saya meminta anak sulung, Aiman Daniel (8) untuk memanggil adik-adiknya untuk memasuki rumah. Tiba-tiba, Amir berlari sambil menjerit Danni hanyut.
“Saya berlari untuk melihat Danni tetapi tidak lagi ternampak kelibatnya sehingga menyebabkan saya mula panik,” katanya sambil memberitahu tidak menyedari sebarang perubahan tingkah laku yang berlaku ke atas anaknya itu.
Katanya, beberapa jirannya membantu menghubungi Polis sebelum usaha mencari dijalankan di sekitar longkang dan Sungai Tiram.
Menurutnya, sepanjang usaha mencari Danni dilakukan adalah detik yang paling mencemaskan dan sukar ditempuhi ahli keluarganya kerana ketika itu mereka diselubungi dengan pelbagai perasaan di samping tidak putus menaruh harapan Danni selamat.
“Kira-kira jam 2 petang (semalam) keluarga kami menerima panggilan daripada polis menyatakan jenazah Danni sudah ditemui di kuala Sungai Tiram di sini.
“Tidak dijangka baju kegemaran yang dipakainya selalu akhirnya membantu kami mengenal pasti jenazahnya yang pada mulanya sukar dikenali. Kami redha dengan dengan pemergiannya dan berterima kasih pada pihak berkuasa yang bertungkus-lumus mencarinya,” katanya.
Sementara itu, nenek mangsa, Rahmah Nyop, 60, berkata dia tidak menjangka mimpinya beberapa minggu lalu seolah-olah memijak lumpur di kediaman anak perempuan bongsunya itu membawa petanda buruk.
“Kami masih terkilan dengan kejadian menimpa cucu kesayangan itu,” katanya ketika ditemui di kediaman mangsa di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob yang mengesahkan kejadian itu, berkata gerakan mencari mayat dijalankan oleh polis, bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan Unit Komando.

nota : kejadian ni berlaku betul betul berdekatan dengan rumah aku. moga roh mangsa ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. amin.

October 22, 2009

mitos tentang panaskan enjin kereta diwaktu pagi...

Sekadar berkongsi.

Aku hari2 kasi panas enjin without fail. Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana?

Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin.. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.
gambar saga megabal kebanggaan bijai (sekadar gambar hiasan)

October 20, 2009

selamat hari jadi sayang....

salam. hari ni hari jadi wife aku yang ke 27. aku saje je tak nak wish dia pagi pagi buat sebab balik nanti aku nak surprise kan dia. aku ingat nak beli kek kecik je. pas tu suruh anak aku bagi sambil ucap 'haapy birthday mama'.
moga wife aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...semoga menjadi isteri yang solehah dan menjadi mama yang terbaik untuk ahmad hakimi ariff.... amin...

October 19, 2009

bang bang boom






salam. hujung minggu lepas aku ada attend satu wedding cousin aku kat batu pahat. alhamdulillah semuanya berjalan lancar. rumah cousin aku ni buat wedding pakai catering. dari masak sampai la kepada basuh pinggan... orang rewang... semuanya diuruskan oleh pihak yang menerima catering.
bagus jugak cousin aku buat camni. at least family yang jauh jauh tu datang tak payah la nak menyusahkan diri tolong. bukannya apa cuma kalau semua pihak catering dah buat semuanya, at least saudara mara semuanya dapat relax sikit.
dalam pukul 2:00 camtu ada bebudak dari rancangan BANG BANG BOOM datang menerjah. aku pun pelik jugak camne la crew crew ni boleh sampai kat wedding cousin aku ni..? rupa rupanya dioarang ada buat pengambaran kat sekitar batu pahat.
so diaorang raound round dan terus terjah ke wedding cousin aku ni. ok la jugak, sempat jugak la aku berborak dengan si amat ngan azahari tu. pecah perut la jugak berborak dengan diaorang. budak dua ekor ni mamang lawak gila. cuma aku tak jumpa si bobo tu sebab si amat cakap dia MC. ntah ye ntah tidak je. dioarang datang makan je, pastu diorang terus beredar.
aku balik dalam pukul 4:00 petang sebab hari ahad mentua aku nak datang rumah pasal nak dekat tiga minggu jugak dioarang tak jumpa ngan anak aku. dah rindu sangat kot.. ok la prend... adios...

October 06, 2009

harga rokok naik lagi...

salam. syabas kerajaan malaysia kerana telah menaikkan harga rokok buat sekian kalinya. hari ni rokok dunhill besar yang biasa aku hisap hari hari dah naik dari RM9.00 kepada RM 9.30. so aku rasa adakah perlu aku berhenti hisap rokok atau tidak?
kalau nak dikira sebulan je perbelanjaan untuk rokok sahaja sudah mencecah kepada RM300.00. wife aku dah bising jugak suruh berhenti tapi aku seperti biasa.... buat buat tak dengar je. ada juga niat dalam hati nak berhenti jugak. insyaallah... aku rasa sudah sampai masanya aku berhenti hisap rokok ni. komon... u can do it ajak...

October 05, 2009

cerita tentang arsenal

Arsenal belasah Blackburn 6-2

LONDON: Arsenal membelasah Blackburn Rovers 6-2 pada saingan Liga Perdana Inggeris malam ini meskipun dua kali tertinggal sebelum menang selesa di Stadium Emirates.
Pasukan tuan rumah itu dikejutkan dengan gol awal Blackburn pada empat minit permainan bermula menerusi Steven Nzonzi sebelum pertahanan tengah Arsenal, Thomas Vermaelen menyamakan kedudukan.
Selepas itu, Blackburn mendahului semula menerusi gol David Dunn hasil serangan balas, tetapi dua minit kemudian penyerang Belanda, Robin van Persie sekali lagimenyamakankedudukan. Sebelum separuh masa tamat, Arsenal menemui rentak permainan dengan mendahului menerusi jaringan Andrei Arshavin, menjadikan kedudukan 3-2.
Cesc Fabregas menyumbat gol keempat Arsenal diikuti Theo Walcott sebelum pemain simpanan, Nicklas Bendtner menamatkan saingan Blackburn untuk gol keenam Arsenal.
Kemenangan itu membolehkan Arsenal mengekori Liverpool, yang akan bertemu Chelsea lewat malam ini. Kedua-dua pasukan berkongsi 15 mata di tangga keempat tetapi dipisahkan dengan kelebihan jaringan gol memihak kepada Liverpool. - Reuters


berjumpa kembali.

bismillah...

salam. lama jugak la aku tak update blog aku ni. rasa rasanya nak puasa hari tu aku last update blog aku. bukan tak nak update tapi aku sibuk dengan tugasan tugasan yang tak pernah habis. melayan kerenah kawan kawan ngan keluarga aku. mana sibuk dengan puasa lagi...
beberapa hari lalu aku telah menyambut hari lahir aku yang ke..... (macam artis la pulak kena rahsiakan tarikh lahir). best pren aku bijai dah balik arab dah. maklumlah, mencari rezeki sampai sana. tapi kali ni dia bawak semua family dia sekali. bagus jugak dia bawak family dia ke sana. at least sakit pening family dia ada depan mata.
best pren aku sorang lagi akan dipindahkan ke sarawak. so secara ilmiahnya aku telah kehilangan dua orang best pren aku buat sementara. nak buat camne, masing masing ada tanggungjawab dan tugasan. tapi takpe insyaallah kita orang akan berjumpa lagi.
so buat kawan kawan semua yang masih ada disemenanjung malaysia ni, ingat ingat la aku kat sini. insyallah nanti aku uploadkan gambar masa hari raya hari tu... adios....