May 30, 2009

perancangan hari minggu

salam. minggu ni aku merancang nak bawak anak bini aku bersiar siar. dah lama jugak aku tak bawak diaorang pegi jalan jalan. maklumlah asyik kerja je memanjang. tak sempat aku nak mengambil masa nak bawak diaorang jalan jalan.
aku cadang nak bawak diaorang gi jusco tebrau. kat sana macam macam ada. ada wayang, theme park, shopping centre dan macam macam la. nak makan pun macam macam ada. japanese food, italian, pizza hut, kfc dan bermacam macam lagi. dah lama sebenarnya nak bawak diorang jalan jalan sebenarnya cuma masa tak mengizinkan. (duit pun kurang jugak hahahaha)
so besok aku ingat satu hari aku nak spend masa ngan diaorang. kalau ada masa aku nak nengok wayang. anak aku confirm aku bawak gi theme park. kopak juga la duit aku besok. tapi takpe la, sesekali apa salahnya.
kat johor ada sure heboh minggu ni, tapi aku memang tak suka pegi tempat tempat camtu. ntah daripada dulu aku tak suka surre heboh. ada sekali je masa diorang buat kat dataran bandaraya dulu aku pegi, itu pun sebab masa aku nak jumpa mak andam masa aku nak kahwin dulu. itu pun sebab pegi ngan wife aku (masa tu belum kahwin aku on je, nak jaga hati beb). aku pun tak paham amenda yang diaorang buat ramai ramai kat sana. setakat nak jumpa artis baik tak payah.
aku pun dah lama tak contact member bijai yang keje kat arab tu. cuma contact kat ym je. tak sempat lagi nak berborak borak panjang. ye la, aku bukan apa malas nak kacau dia. maklum la orang berjauhan ngan anak bini. aku bagi ruang untuk dia bersama sama ngan anak bini dia.
buat bang sudin terima je la yang MU tu memang bagus kat tempat sendiri je. ambik MU kena taruk ngan barcelona 2-0. penyokong penyokong MU mesti kecewa sebab kononnya ada hati tahun ni nak kaut 5 piala tapi apakan daya cuma 3 piala je. nak buat camne MU memang kuat kat england je. hari pun ada game final piala FA tapi aku amik tak kisah pun sebab team kesayangan aku dah terkeluar daripada persaingan. aku harap the gunners akan lebih garang musim depan. bak kata wonder pets ' kami tak besar, kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah, apa yang penting KERJASAMA'.
so buat semua enjoy your weekend and have a good rest. until next time... adios...

May 28, 2009

sehari di putrajaya (hari kedua)

salam. hari kedua nak ke putrajaya. aku dengan bangganya bangun seawal 4:00 pagi untuk mandi sambil gosok gigi. aduh, mata ni rasa berat je nak bukak tapi memandangkan ada kerja kat putrajaya aku gagahkan jugak.
sampai kat opis pukul 5:00. member aku emi tak sampai lagi. aku tepon dia kata terlajak tidur. maklum la semalam pun kitaorang gi putrajaya jugak. bos sampai opis untuk amik kitaorang dalam pukul 5:30 pagi dan lepas tu terus gerak masuk highway.
so macam biasa kitaorang pun singgah kat machap untuk semayang subuh. pastu kitaorang gi sarapan. macam biasa kitaorang akan makan capati bersama kambing. pehhh dia punya rasa macam semalam punya kambing je. (ntah ntah yang semalam diaorang panaskan je kot). lepas makan je bos hulur kunci kereta kat aku. alamak kena bawak kereta plak. dah terbayang dah selepas kekeyangan makan sarapan nak tidur. tak dapa beb. apa lagi aku start kereta terus berdezup menghala ke putrajaya.
dah nak sampai kajang baru perasan minyak kereta nak habis dah. bos surah exit highway sebab nak isi minyak. aku pun exit kat bandar seri mahkota kalau tak silap. lepas isi minyak masuk balik highway menuju ke putrajaya. lepas je aku melepasi tol plaza kajang rasa kereta bergoyang sikit. lama lama lagi kuat. rupa rupanya tayar belakang kena paku.
apa lagi hidupkan lampu hazard pastu parking tepi. aku try bukak pasal nak ambik hati bos tapi bos aku suruh tunggu orang datang tukarkan tayar tu. aku ngan member aku pun menunggu pomen datang sambil baca metro. nak dekat 1/2 jam member bos aku datang ngan pomen. lepas tukar bos aku suruh singgah kedai pomen tu untuk tukar tayar.
sekali pomen tu periksa dia cakap bos aku punya absorber depan ngan belakang dah rosak. tu pasal la tayar pecah sebab dia dah makan tayar dah. dia tanya bos aku nak tukar tak? bos aku suruh tukar tayar empat biji ngan absorber depan belakang. so melepak la kitaorang kat kedai tayar tu sampai dekat pukul 1:00 petang. time nak bayar bos aku tanya kena berapa hinggit, sekali aku tengok bil.... pehh... kena dekat 6000+. mak oiii aku cakap tukar tayar ngan absorber je dah macam tu punya harga. kalau aku demam siot.
lepas kitaorang bayar bil tu ingatkan nak terus balik JB rupa rupanya bos aku nak singgah puchong utama sebab ada nak tanya pasal software. aku pun ikut je la mana bos aku nak pegi. lepak lama jugak kat puchong tu, nak dekat pukul 4:00 baru kitaorang gerak keluar untuk balik menuju ke JB.
sebelum balik bos aku cakap nak jumpa sorang staff kitaorang yang ada kat shah alam. tapi kitaorang tunggu dia kat area bangi. sampai sana kitaorang dengan banggnya membedal laksa ngan cendol. aduh, kenyang gila beb. bila staff tu dah datang kitaorang pun bergerak keluar nak balik.
kitaorang singgah R&R pagoh untuk semayang. lepas semayang jamak terus pecut lagi untuk sampai cepat JB. kitaorang berhenti untuk semayang margrib kat R&R machap. sebelum semayang apa apa hal ngeteh dulu. aku pekena kopi o ngan pau daging (makan lagi). lepas makan je terus semayang. pastu terus gerak balik JB.
sampai JB dalam pukul 8:00 malam. singgah opis jap pastu terus balik rumah. sampai rumah aku mandi & makan. main ngan anak jap (nak main main ngan bini malam sikit hahahaha) terus masuk tidur. game yang MU kalah ngan Barca tu pun tak sempat nak tengok. so macam tu la life aku. jumpa pada post yang akan datang ye semua... adios

morale of the story : kitaorang tak pegi pun putrajaya. dok mengadap kereta bos sampai tengah hari. penat makan je.

sehari di putrajaya (hari pertama)

salam. dua hari lepas straight aku pegi putrajaya kerja dua hari berturut turut. dua dua hari aku pegi ngan bos aku ngan officemate aku. kami memulakan perjalanan dari opis aku kat skudai pukul 5 pagi sebab nak sampai putrajaya pukul 9:30 pagi.
so secara ilmiahnya aku kena bangun seawal pukul 4:00 pagi untuk pegi ke opis aku pada awal pagi. nasib baik boss aku pakai kete mercedes.... peh berdezup je atas highway. dalam pukul 6:15 pagi macam tu kitaorang singgah kat R&R machap untuk solat subuh. lepas solat bos aku ajak sarapan.
apa lagi dengan segala perbelanjaan ditanggung aku ngan member aku pun menurut perintah je. so dalam cari deretan gerai kat R&R tu ada satu kedai jual roti canai ngan capati. aku tanya bos aku bos nak makan apa? bos aku cakap capati ok kot.. aku pun ngekor ke makan capati jugak. tapi yang bestnya capati tu makan ngan daging kambing tu. korang bayang la tengah pagi pagi buta makan kari kambing... pergh... mabeles beb ditambah dengan kepekatan kopi o kurang manis... malas nak citer aaaaa.
lepas kitaorang menikmati sarapan yang penuh berkhasiat tu kitaorang pun terus menuju ke putrajaya. bos aku yang bawak kete. aku duduk kat belakang sedap je membuta. sampai kat exit kajang jam baru pukul 8:45 pagi. mak aiii, bos aku ni bawak kete dah macam formula 1 dah. aku rasa kejap sangat tidur dah sampai kajang dah.
ada masa lagi kitorang pun ngeteh lagi. aduh, penat ngeteh je la macam ni. tu keje belum buat lagi tu. lepas je kitaorang ngeteh terus kitaorang menuju ke presint 14 untuk masuk kat site kitaorang sebab ada inspection ngan JKR putrajaya. sampai kat site opis cuaca dah agak panas.
lepas orang JKR datang kitaorang pun terus dibahagi dua kumpulan. aku first group member aku secong group. cepat sikit siap kalau ada dua group.
inspection tu ada la memakan masa hampir 3 jam. jam dah menunjukkan pukul 1:00 petang. perut pun dah lapar bos aku ajak lunch pulak. kitaorang lunch kat satu restoran kat area dengkil. nama restoran tu restoran perantau. aku nengok orang pun dah agak ramai dah semua dok beratur untuk amik makanan masing masing. bos aku pesan ayam kampung goreng 6 pinggan (kitorang amik sorang dua pinggan). ok jugak makanan kat sini. banyak masakan kampung.
lepas makan kitaorang nak gerak ke sheraton hotel kat KL untuk jumpa kawan bos aku. KL ni sama je keadaannya macam aku duduk kat sini dulu. 24 jam jem je memanjang. nak nak pulak kat area jalan sultan ismail ni. kitaorang pun sampai kat sheraton hotel pas tu bos aku terus parking kat lobby hotel. suruh budak vallet parking park kete. bos aku terus turun kereta dan aku pun turun. aku cari toilet kat lobby hotel cari toilet tapi tak jumpa pun. so aku tanya kat satu kaunter tu dia cakap kat belakang sana ada toilet bayar punya.
aku pun dah tak tahan, bayar pun bayar la. sampai kat depan toilet ada satu makcik dok kat depan. dia cakap kena bayar seringgit dulu baru masuk. hamjadah betul la nak kencing kat hotel pun kena bayar singgit. dah masuk toilet aku pun melepas kat hajat yang sepatutnya aku lepaskan. pastu tu cari paip air untuk bersuci baru aku perasan kat dalam toilet tu takde paip. hamjadah kali ke dua aku meyumpah dalam hari. terpaksa amik botol air untuk tadah air (inilah 1 malaysia)
so lepas semua settle aku pun bertolak balik. on the way balik kitaorang singgah kat pagoh untuk solat jamak. teruskan lagi perjalanan, lepas je persimpangan pagoh aku dengar bawah kereta bos aku ada something bunyi. bos aku slow slow masuk emergency lane. tengok tengok cover engine kat bawah kerete dah tercabut sebelah. so kitorang pun tepon plus untuk mintak bantuan. tunggu dekat 1/2 jam jugak baru orang plus datang. lepas dia tengok lebih kurang dia cakap benda tu boleh ikat ngan dawai tapi tak boleh masuk bawak kereta sebab takde jek kereta.
terpaksa la tunggu pulak tow trak yang memang bersepah kat tengah highway tu lalu. lepas tow trak datang dia pun cakap boleh tolong. bos aku tanya berapa kena? dia cakap sukahati bos aku la nak bagi berapa. dia buat kerja amal je. aku cakap dalam hari mementang yang mintak tolong ni pakai mercedes boleh la ko cakap kerja amal. cuba ko pakai saga panas, mampus la korang diaorang tak layan punya. lepas diaorang settlekan semua kerja bos aku bagi dia 50 hinggit tu sebagai kerja amal yang diaorang lakukan tadi.
sampai kat opis aku untuk amik kereta aku dah pukul 9:00 malam. badan aku dah penat giler dah satu hari ni. lepas amik barang barang semua terus start kereta untuk balik rumah. macam tu la kehidupan aku untuk hari ni. besok nak gerak balik gi putrajaya. nak buat camne dah nama kerja. ok la ... adios...

May 08, 2009

tazkirah jumaat

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:

1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
2) Banyak minum air di waktu pagi.
3) Banyak memakan atau meminum yang seba masam

May 06, 2009

hatinya jadi tertekan...

salam. aku pagi ni hati panas je. maklumlah team aku kalah, kalah pulak dengan MU. apalah nasib badan. aku kat opis ni dah macam telinga gajah dah, tadah je kutukan daripada macha macha MU yang ada kat opis ni. aku rasa macam nak penerajang je diorang, nak smackdown pun ada.
tapi bila difikir fikirkan, itulah adat bola sepak. ada menang, ada kalah. tapi takpe walaupun arsenal kalah 100-0 sekalipun aku akan sokong team ni. tak kiralah macha macha MU nak cakap apa. arsenal tetap team peberet aku. aku rasa dah empat taun dah arsenal tak menang apa apa piala. aku harap next season arsenal bolehlah menjuarai sekurang kurang satu piala (tak kisahlah janji piala)
season ni arsenal ada sedikit peningkatan. takpe walaupun arsenal dibarisi pemain pemain muda aku masih menaruh harapan yang team kesayangan aku ini akan meningkatkan prestasi tahun depan. buat bang sudin, congrats pasal MU menang. lepas ni game EPL tinggal 3 game je lagi. arsenal jumpa chealsea, MU ngan stoke city last game. pas tu takde EPL. so pakat ramai ramai kita gentel telor kat umah. kalau korang malas gentel telor korang, korang gentel la apa apa yang boleh digentel. baik baik gentel.... jangan sampai tersentel.... adios..

May 04, 2009

kisah seminggu

salam. minggu lepas ada bermacam macam perkara yang berlaku. firstly arsenal kalah ngan MU 0-1. tapi takpe tu main kat old trafford. baru kena 1-0, boleh relax lagi. hari rabu pagi nanti main kat emirates plak.... haaa baru korang tau macha macha yang sokong MU ni mesti hatinya jadi tertekan.
minggu lepas jugak arsenal lawan porthmouth (betul kot ejaannya). kitaorang hantar budak budak je main. otai otai sume tak main. adibahyor, fabregas, alumnia dan otai otai lain tak main. diaorang disimpan olah arsene wenger untuk perlawanan kedua champion league kat emirates nanti. pehh bang sudin... dia punya blog... dia taruk arsenal cukup cukup. takpe nanti MU main kat emirates baru ko tau. korang baru leading satu gol je.
minggu lepas jugak adik aku e-one melangsungkan perkahwinan dengan buah hatinya. dapat lagi sorang adik ipar aku. first time dalam sejarah keluarga aku melangsungkan perkahwinan kat dewan. dewan tu plak dekat ngan umah aku iaitu dewan puteri wangsa. aduh.. orang punya la ramai. alhamdullilah semua berjalan lancar. hari pulak redup je.
makanan semua settle. nasik ngan lauk habis dibelasah oleh tetamu yang datang. aku ngan adik beradik aku semua berhempas pulas menjayakan majlis adik aku sorang ni. dalam adik beradik aku tinggal tiga orang je belum kahwin. lain semua dah settle dah. ramai jugak sedara yang datang. semua pakcik ngan makcik aku datang. so nanti gambar kahwin dah siap aku updatekan kat blog aku untuk tatapan korang nanti. so jumpa lagi... adios.

ni adik aku e-one tengah akad nikah ngan ustaz mat din.