July 10, 2009

peringkat peringkat seorang isteri....

salam. sedikit tazkirah untuk para para suami dan para para isteri. yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kita sendiri. wasalam..

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."

July 07, 2009

lunch @ kg. baru KL

salam. tengahari masa aku kat KL hari tu sempat jugak la best prend aku bang sudin ajak lunch kat kg. baru. lauk punya la banyak sampai tak tau aku nak amik yang mana. semua nampak sedap. at last aku amik nasi, ulam ngan kuah je pasal aku dah amik ikan bakar. aku kalau lauk banyak sangat naik pening aku nak makan yang mana satu.
satu je masalah kat sini iaitu PARKING. nasib baiklah masa aku sampai tu sempat jugak dapat parking yang dekat dengan kedai tersebut. aku ada upload gambar lauk pauk yang aku amik kat sana tempoh hari. korang tengok jelah...

sign board nama kedai kat kg. baru tu...

ramai jugak yang makan masa tu walaupun jam baru pukul 11:30 pagi

antara ikan bakar yang disediakan

ni pun ikan bakar jugak...

ulam ulaman.. ada jantung pisang, petai, kacang botol dan macam macam lagi la....

July 06, 2009

reunion d' nelayan

salam. malam sabtu lepas ada majlis reunion kat restoran nelayan kat tasik titiwangsa, kuala lumpur. alhamdullillah, ramai jugak budak budak yang satu badge ngan aku turun. antara yang turun malam tu ujang N9, muni, anur, lan, zamari, isma, asrul, adee aka pak malau, demang, lebai. majlis malam tu anjuran bekas budak LSB (kira freshie aku masa kat IKM dulu)
yang aku kenal masa malam tu lynn (sebab aku selalu chat ngan dia, hehehehe), mai (ini laki laki tau bukan wanita) sukmat dan ada beberapa orang lagi yang aku lupa nama diorang. aku ucapkan tahniah pada committee yang telah bertungkud lumus untuk menjayakan majlis malam tersebut.
kira ok la dengan bayaran sebanyak rm40 majlis tersebut dapat berlangsung dengan lancar.
makanannya juga ok la. ada steamboat, nasi minyak, asam pedas, ayam, sayur, desert dan bermacam macam lagi. kebetulan malam tu ada jugak beberapa majlis berlangsung ditempat tersebut. so secara automatiknya ramai la orang malam tu.

daging masak kari ngan ayam masak merah... dah macam gi kerja kahwin dah...

antara bahan bahan utama untuk steamboat.. udang, sotong ngan sayur sawi jepun

barisan fishball untuk dimelantakkan malam tersebut

sayur campur ngan tahu masak apa ntah aku tak tau..

ketam, sayur kobis ngan ikan pari???? (ada ke orang makan steamboat ngan ikan pari???)

pencuci mulut

ni dia.. setelah dicampur dan dimasak beginilah nasib steamboat yang kitaorang bedal malam tu..

gambar ngan kawan kawan aku upload nanti... tak sempat nak upload..

p/s : terima kasih ngan bang sudin sebab sponsor penginapan ngan pengangkutan selama aku ada kat KL....

gi kuala lumpur

salam. sabtu lepas aku pegi KL sebab ada reunion ngan bekas budak budak IKMSP. aku pegi naik bas je. wife ngan anak aku tak ikut pasal diorang nak balik rumah mentua aku.
selama ni aku tak tau pun kat bus stand larkin ada masjid. air cond pulak tu. ok la selesa sikit nak sembahyang. yang aku tak puas hati aku naik bas yang ntah macam apa apa ntah. kat kaunter cakap bas non stop tapi ada jugak dia berenti. geram betul aku. kat bawah ni ada kronologinya....

8:00 budak kaunter suruh gi depan untuk amik bas (masa beli tunjuk gambar lain, naik bus lain...takpe... aku boleh sabar lagi)
8:30 bas baru nak gerak gi KL
9:00 bas berenti isi minyak kat Skudai
10:30 bus berenti kat satu kedai untuk makan (kedai makan cam cilaka... kedai makan cina tapi
ada tulis makanan di tanggung halal, aku tak tau sapa yang tanggung)
12:30 bas berenti kat serdang, pastu suruh aku turun tukar bas sebab bas yang aku naik ni nak
terus ke utara. dapat pulak tukar ngan bas buruk untuk perjalanan ke puduraya... nasib nasib....
1:30 baru sampai KL dengan jayanya selepas ntah berapa bakul punya maki aku kat budak
bus stand larkin yang aku beli tiket hari tu.

kat bawah ni ada beberapa gambar aku lampirkan untuk tatapan korang semua....

masjid an-nur larkin sentral

keadaan ruang solat yang luas, berhawa dingin dan selesa

kawasan tempat makan cina yang ditanggung halal. tak selera aku nak makan....

July 01, 2009

sop ayam punya pasal

salam. semalam malam aku malas nak makan nasi. so aku bercadang nak makan sop mamak je. so aku pegi la ke kedai mamak yang berdekatan dengan rumah aku untuk beli sop mamak. restoran tu pun tempat kitorang biasa mengepot untuk ngeteh.
aku cakap dengan mamak yang jaga kaunter sop tu untuk bungkuskan aku satu sop ayam. tapi aku nak rm6 punya. biasanya satu ketul ayam dia punya harga rm2.50, aku rasa mungkin dia akan amik dua ketul untuk sop aku. aku nengok dia amik penyepit dan mamak tu amik satu ketul terus potong. lepas potong dia masukkan ayam tersebut dalam plastik pastu dia masukkan sop. aku tanya dia aku nak rm6, dia cakap ini sop rm6 la..
aku nengok kecik kecik je mamak tu. aku tak puas hati aku pegi tanya dengan satu mamak lagi. dia pun cakap memang itu macam rm6 punya sop. pehhh... aku punya tak puas hati tuhan je tahu. tapi mengenangkan itu rezeki untuk aku malam tu aku diamkan je. aku amik sop tu terus aku blah. hati aku panas je. lepas ni aku dah rasa malas dah nak makan kat kedai mamak tu lagi. berjuta lagi kedai ada untuk aku beli makanan.... adios