June 16, 2009

main badminton

salam. dah lama jugak aku ngan budak budak opis aku tak bersukan. maklumlah dengan keadaan kerja dan masa yang tidak mengizinkan kadang kadang tak sempat memperuntukkan masa untuk beriadah. so bulan ni setiap hari isnin dan selasa aku ngan budak budak opis akan main badminton kat dewan dekat opis aku je.
perggh, punya la penat. habis baju aku basah dengan lelehan peluh jantan yang keluar dari badan aku yang gebu ni. ok jugak la dapat bersukan, at least aku ada aktiviti yang sihat. tapi lepas balik rumah satu badan aku letih dari kepala sampai la ke kaki. aku ingat badan aku mesti terkejut beruk punya sebab dah lama sangat dah tak bersukan. aku rasa lepas ni aku nak mempelbagaikan aktiviti untuk budak budak opis supaya bersukan pasal budak budak opis kat tempat aku ni semua sihat sihat belaka. akhir sekali majulah sukan untuk negara. adios

aku beregu ngan ajib

gaya seorang jaguh...

No comments:

Post a Comment