March 30, 2009

jumpa teman lama

salam. hari sabtu hari tu aku dapat satu sms. aku nengok nombor telepon macam dari utara. aku tanya sapa ni? dia jawap azhar (at) dari penang.
rupa rupanya member lama masa kat IKM dulu iaitu azhar. dia turun jb sebab ada menghadiri satu majlis perkahwinan. member aku ni dok hotel seri malaysia kat larkin tu.
dalam pukul 11 malam aku gerak dari rumah jemput member aku ni ajak gi ngeteh. dah lama aku tak jumpa member aku ni. adalah dekat 13 tahun. maklumlah, sejak meninggalkan IKM aku tek pernah jumpa dia.
firstly masa aku jumpa dia aku tengok si at ni sama je.... tak berubah macam dulu. dulu masa kat IKM dia antara mat smart kat kelas aku. pakai kasut kalau tak kilat tak sah. malam tu pun dia pakai kasut sport (kilat jugak) hahahaha....
aku pun lepak kat satu kedai kat larkin. kami berborak sambil menikmati minuman. banyak jugak yang kami cerita tentang kisah kisah lama masa kat IKM dulu. aku rasa haapy sangat sebab member member IKM masih ingat kat aku. kami bercerita tentang kerja masing masing, tentang keluarga dan macam macam lagi.
si azhar ni kahwin ngan senior kitaorang iaitu tiha. anak dia pun dah dua orang. aku ada contact member aku yang sorang lagi iaitu arbain (nama manja bain) budak jb jugak dia ni. pun dah lama aku tak jumpa dia.
at last dia sampai ngan member kamcing dia. apa lagi apabila kitaorang pun berborak sampai dekat pukul 3 pagi. si bain ni aku tak tau kerja apa. macam macam kerja dia buat. last sekali yang aku tau dia jadi jurulatih PLKN sebab masa adik aku masuk PLKN jumpa dia kat kem PLKN di desaru.
sambil berborak sempat jugak telepon member aku sorang lagi iaitu aniza (nama manja kat IKM ialah pahang). ramai member aku kat IKM yang dah kahwin. yang dah kahwin pak chop, bote, ujang, azhar, alang, zie, aieda kawin ngan laloq (sama sama classmate), niesa, anyah... tu yang aku ingat dah kawin.
yang belum kawin bain ngan aniza. yang aku lost contact ... am, hasnah, fizanie, nasri. member aku sorang lagi jadi lecturer kat IKM iaitu sham. so pada kawan kawan seIKM ada masa nanti aku nak buat reunion. cuma masa menentukan bila. so kalau korang ada baca blog aku ni contact contactlah aku k.... adios.

gambar aku, bain ngan azhar (at)

nama dia azhar (at), budak penang (member aku paling smart masa kat IKM dulu)

ni nama dia arbian (anak buah kesayangan mat nor) hahaha....






March 23, 2009

kalau dah camtu...

salam

1. kalau dah camtu nak buat camne. MU dah kalah 2 kali berturut turut.

2. kalau dah camtu si scholes (dah macam jenama selipar kat bata dah) kena kad merah, si rooney pun sama.

3. kalau dah camtu lepas ni jumpa aston villa.

4. kalau dah camtu kalau kalah jugak macam mana?

5. kalau dah camtu nak cakap team MU pressure diri sendiri?

6. kalau dah camtu bolehlah liverpool potong naik atas?

7. kalau dah camtu musti moral MU dah down kan?

8. kalau dah camtu macam mana nak dapat 5 cup taun ni?

9. kalau dah camtu meloponglah MU taun ni nak dapat 5 cup.

10. kalau dah camtu, baik penyokong MU sokong team arsenal yang sedang meningkat naik tu...

11. kalau dah camtu senang sikit sebab semua sokong arsenal... tak yah kita nak kutuk sesama sendiri.

12. kan senang kalau dah camtu? amacam.....???

p/s : buat bang sudin, kalau dah camtu.. camana nak buat?

March 22, 2009

kenduri...

salam. semalam aku menghadiri dua kenduri. kenduri pertama aku pergi menghadiri kenduri kahwin Ep ngan Ain kat bukit tiram. aku siap tepung tawar Ep. Aku nengok Ep happy je. maklumlah pengantin baru. makanan dia pun ok... sedap.
dalam pukul 11 ada beberapa game EPL. game yang aku tunggu adalah game antara Chealsea lwn Spurs dengan game MU lwn Fulham. kejutan berlaku apabila dua dua team iaitu MU dan Chealsea mengalami kekalahan. MU dah dua kali kalah berturut turut (hahaha... padan muka ngan bang sudin)
aku nengok first half MU main dah teruk dah. En. Scholes tahan bola dalam kotak penalti pakai tangan. apa lagi.... pengadil tanpa sengan silu telah melayangkan kad yang berwarna merah kepada En. Scholes (sorang kurang player MU). penalti dilaksanakan oleh En. Murphy...Golllllll 1-0 Fulham mendahului.
masuk separuh masa kedua MU dok kena attack. aku lupa plak sapa score second gol Fulham tak Encik yang menjaringkan gol tersebut telah mengayakan gol sambil lipat gunting. memang cun gol tu.. aku nengok En. Ronaldo ngan En. Rooney hati dah panas dah. main asyik nak memakok orang je...
dah nak akhir akhir perlawanan En. Rooney telah dilayangkan kad merah kerana protes ngan keputusan pengadil. apa lagi dah kena second yellow card straight kena merah.. aku nak nyanyi sikit untuk bang sudin... HATINYA JADI TERTEKAN... DIMANA JUA BERADA, DISITU AKU MENANTI.... ewah... jangan hati panas bang sudin. saje je aku nak menyakat ko. Chealsea pun kalah satu kosong ngan Spurs. cantiklah tu, dua top two team dah kalah.
game team kesanyangan aku main lambat sikit. haaa ni kenduri kedua yang hadiri malam ni. arsenal menang 3-1. gol gol arsenal dijaringkan oleh En. Bendtner, En. Diaby dan En. Nasri manakala satu satunya gol Newcastle dijaring oleh En. Martins.
Newcastle ada dapat penalti tapi berjaya diselamatkan oleh En. Alumnia. Arsenal menjaring gol pertama dahulu... tak sampai satu minit En. Martin menjaringkan gol. aku relax lagi sebab masa tu Arsenal dan control game dah.
En. Van Persie hari ni banyak assist gol. gol kedua dan gol ketiga diassistkan oleh En. Van Persie.
Arsenal akan jumpa MU dalam masa dua minggu lagi sebab minggu depan game EPL stop kejap pasal ada World Cup qualifiying.
so besok ada game Aston Villa lwn Liverpool. harap game tu dioarang seri sebab senang sikit nak kejor tean yang tiga kat atas tu. oklah buat semua peminat MU harap korang bersabar banyak. memang dah adat bola ada menang ada kalah. tapi kalau team dah nama lauk asam pedas nak buat camne... kata orang nogori sembilan... tak dapek den nak nolong ehhh ... so adios...

March 20, 2009

tazkirah jumaat

salam. sedikit tazkirah untuk kita semua.

- JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
- JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
- JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
- JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat).
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki Kita dikongsi syaitan.
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam...

March 19, 2009

muhasabah pagi

PETUA IMAM SYAFI'E

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian
Langit Dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan
Terjaga untuk solat malam...

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan
Makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

March 18, 2009

just for fun

ROMANCE MATHEMATICS
Smart man + smart woman = romance
Smart man + dumb woman = affair
Dumb man + smart woman = marriage
Dumb man + dumb woman = pregnancy

OFFICE ARITHMETIC
Smart boss + smart employee = profit
Smart boss + dumb employee = production
Dumb boss + smart employee = promotion
Dumb boss + dumb employee = overtime

menang jugak akhirnya

salam. semalam ada game FA cup lawan Hull City. Naik tension aku tengok Hull main. Hull score dulu 1-0. aku tengok Hull lepas score sebijik terus berkampung kat gol sendiri.
masa nak habis separuh masa anak aku tersedar. anak aku ni bukan boleh kalau aku bangun dari katil, tau je aku takde kat sebelah. aku pun layan tepuk, aku nengok mata dia dah pejam, aku pun bangun slow slow..... baru nak bukak pintu bilik dia dah menjerit... ayah.. ayah... aduh... budak ni tak tau ke aku nak nengok bola.
at last aku buatkan susu... tepuk tepuk dia (naik lenguh tangan aku) ... last last dia tidur. second half aku nengok arsenal dah start menyerang. dengan kemasukan nasri ngan bendtner menambah sengat dibahagian hadapan. bermula dengan gerakan bendtner gol pertama arsenal dihasilkan. lepas tu adalah dua tiga peluang terlepas depan gol...
dah nak habis masa dapat pulak free kick tak jauh dari kotak penalti. nasri sungkit bola kehadapan pintu gol dan keeper cuba tepis tapi bola kebelakang keeper... gallas menanduk bola tu ke gawang gol dan gol kedua tercipta (tapi aku rasa masa tu gallas offside tapi pedulik apa janji gol).
so lepas ni arsenal akan jumpa chealsea di stadium wembley. MU plak jumpa everton. hopefully dapat jumpa MU di final. so to gunners supporter... keep the faith... adios...

March 17, 2009

DVD terhangat dipasaran ...

salam. aku ternampak artikel ni kat satu surat khabar. korang cariklah kalau jumpa DVD ni. kalau jumpa bagitau aku tau. nak kasi kat arsene wenger....

bang sudin musti panas jer nengok picture ni....

khas untuk peminat Manchester United

salam. saya ada sorang kawan, nama dia sudin. dia ni penyokong maut manchester united. kalau aku nengok bola dengan dia mesti emosional. tak kiralah main ngan team mana pun. nak nak kalau team dia kalah. kalah pulak dengan arsenal. hahahaha... korang ingat tak semasa MU kalah ngan Arsenal hari tu... alah yang kalah 2-1 tuh...
haaa... game tu aku tengok bertiga.. aku, bang sudin ngan bijai. lepas game dia diam je... aku pun malas nak taruk banyak banyak. buat dia tembak aku mampus aku...
tapi memang dalam banyak banyak team... team MU nilah yang paling best nak taruk masa kalah pasal team MU ni jarang kalah. lainlah macam team lain... kalah ni dah sebahagian daripada rutin dah. arsenal jarang kalah, cuma seri je memanjang. kadang kadang frust jugak. nak buat camne dah team ni yang aku sokong.
aku nengok blog bang sudin tengok bola kat sunway hari tu macam best je. takpelah bang sudin, ada rejeki kita nengok game arsenal lwn MU together gether. baru ko tau di atas langit ada langit lagi.. hahahaha....
pagi ni ada game lawan Hull. harap menang untuk jumpa chealsea separuh akhir nanti. rasa rasanya aku nak layan kot. malam ni tidur awal sikit. oklah buat sapa sapa yang sokong MU team korang memang lauk.... lauk asam pedang taruk terung , bendir, tomato ngan daun kesum... pehhhhh niqmat..... adios...
rafael benitez : kalau dah nama asam pedas.... terima jelah...

alex fergusen : aku dah cakap main betul betul... apa yang ko main ni....???
rooney : ellehhhh... ko cakap pandai... mainlah kalau terrer (dalam hati)






March 15, 2009

the gunners win

salam. malam tadi arsenal menang mengatasi pasukan blackburn rovers. arsenal menang 4-0. dua gol dijaringkan oleh arshavin dan dua gol lagi oleh eboue.
sepatutnya arsenal boleh menang banyak lagi. bendtner banyak peluang depan gol tapi tak score. aku nengok muka dia tension je. banyak juga peluang yang dia tak dapat manfaatkan.
satu lagi kejutan berlaku apabila manchester united telah diasam pedaskan oleh liverpool, 4-1. sian kat bang sudin. takpelah bang sudin, bukan selalu kalah. tapi sekali kalah amik ko ubat.... so until next time see u all.....

ni bukan asam pedas lada hidup tapi ASAM PEDAS MANCHESTER UNITED....

March 11, 2009

kena rewang kenduri kahwin...

salam. minggu lepas balik rumah bapak mentua aku. hari tu lagi wife aku ada cakap ada keje kahwin berdepan ngan rumah bapak mentua aku. wife aku tanya tak gi rewang ke? aku cakap tengok dululah. kalau aku rajin aku pegi.
malam tu ada dua orang budak datang naik motor hantar baju. aku yang terima baju tu sebab masa tu tengah layan tv kat depan rumah. aku tengok ada 4 helai baju. aku pun tak syak apa apalah sebab mungkin baju tu untuk bapak mentua aku. aku pun bagi kat bapak mentua aku.
tiba tiba bapak mentua aku panggil. Ajak.... ni baju buat rewang.. aikkk... aku terdiam kejap... ada baju untuk aku ker? korang tengoklah baju yang aku dapat tu kat bawah.

tu dia.. CATERING BLOK 24 FELDA AIR TAWAR 2 ...huhuhuhu...

siap no rumah ngan nama aku sekali.....

nak tak nak terpaksalah aku menonjolkan diri aku kat rumah orang kahwin tu pagi ahad. aku bukannya tak biasa rewang keje kahwin tapi aku tak selesa sebab takde kaki nak ajak borak. aku tengok semua keje dah orang buat. yang rewang kebanyakannya pun aku tak kenal.
aku pun tolonglah apa apa yang patut. angkat air, tolong susun kerusi, lap meja dan lain lain. pastu aku cakap kat bapak mentua aku yang anak aku ngantuk nak tidur (padahal aku yang ngantuk) nak balik rumah tidurkan anak aku jap.
apa lagi dah balik rumah aku mandikan anak aku, pastu tu tidurkan anak aku. dengan aku aku sekali tidur.. wawawa... sampai kesudah aku tak gi rewang lepas tu. lepak kat rumah bapak mentua aku je.
so untuk kawan kawan yang lain... moral of the story kalau korang nak gi rewang baik bawak anak korang sekali sebab ia akan jadi tiket untuk kita mengabankan diri kita diatas katil... so until next time .... adios...




March 06, 2009

beli komputer riba...

salam. hari selasa hari tu jalan jalan ngan wife & anak aku kat Jusco Tebrau. tengah ronda ronda tu singgah sekejap kat sen-q sambil tinjau tinjau komputer riba. kat sen-q tu ada brand acer, compaq, hp ngan dell...
aku try compare harga dia dengan spec masing masing, tak banyak bezanya. cuma dia punya hard disk ngan ram je main peranan. lain lebih kurang samer je. harga acer dekat 2500. dell dalam 2000. compaq 2100. hati aku dah tak keharuan dah... nafsu untuk memiliki computer riba melanda diriku ini...
aku tanya wife aku nak beli tak? dia dengan lirikan manja ala ala jelingan rozita che' wan (huhuhu).... nak beli belilah. daripada duit tu perabis kat benda benda yang tak berpaedah baik beli komputer riba kata wife aku.
aku pun dengan bangganya mengunakan kad yang telah diberikan oleh HSBC (credit cardlah tu) terus swipe (rabak jugak dekat 2300 campur duit pendaftaran ngan ntah apa lagi ntah) so sekarang aku bangga jugak kerana sudah memiliki komputer riba (intan bila lagi huhuhu)
pastu masuk bab nak pakai internet plak.. aku try tanya telekom kalau nak pasang fixed line kat umah diaorang cakap nak masuk line ngan kos pemasangan dekat rm400. sewa line bulanan 60 hinggit... aku dengar hangin je...
aku pikir pikir balik, baik aku pakai broadband... gadjet dia baru rm400 bulanan 68 hinggit... tapi yang bagusnya aku boleh bawak kehulu kehilir benda alah tu ke mana mana yang aku suka. so sekarang aku dah boleh mengekses internet hanya diatas katil mahupun didalam jamban. hahahaha...
oklah minggu ni ada FA cup fifth round lawan burnsley. aku dengar walcott ngan eduardu dah bleh main. hopefully leh menang sebab tinggal FA cup ngan Champions League je untuk the gunners capai musim ni.. komon the gunners.... you can do it...

March 04, 2009

teringat teman lama

salam. beberapa malam lepas bang sudin ajak aku pegi pasar borong beli ikan. aku terasa pelik jugak, ada macam benda tak cukup je... aku pikir pikir balik rupa rupanya member aku bijai takde ngan kitaorang... sedih jugak.
biasanya si bijai nilah yang dok mengusung aku pegi pasar borong beli ikan. biasanya aku tak beli pun ikan kat pasar borong tu.. sesekali je aku beli pasal aku biasanya beli makan malam kat kedai je. maklumlah kami suami isteri bekerja.
lepas aku beli ikan ngan bang sudin kitaorang pun ngepot kat port kitaorang... mana lagi restoran rosmerahlah.... duduk ngeteh sambil bercerita tentang macam macam perkara. sempat jugak aku buat miss call kat bijai kat arab... tiba tiba dia tepon balik (dia tepon pakai internet ... free). lepas ngeteh aku lepak kat rumah bang sudin pulak sebab nak skyping ngan bijai kat arab.
akhirnya dapat jugak aku nengok wajah bijai setelah kali terakhir kitaorang berjumpa kat umah dia hari tu. aku nengok dia ok je. zahir mungkin ok kot... batin je mungkin tersiksa. maklumlah berjauhan ngan isteri (lu orang pikirlah sendiri ye).
malam semalam ada game. the gunners menang lawan west brom albion... 3-1. hujung minggu ni ada game FA cup. hopefully the gunners will proceed to the next round... (peh.. sesekali cakap omputih). oklah kawan kawan ada masa aku update lagi... adios...