June 26, 2009

perihal masjid

salam. tadi aku pegi sembahyang jumaat. hari ini aku ada sedikit kemusykilan tentang khutbah yang telah disampaikan oleh imam masjid. buat pengetahuan semua pejabat agama negeri ada menubuhkan satu tabung iaitu tabung amanah wakaf untuk semua rakyat johor mewakafkan sedikit harta untuk hari akhirat nanti.
aku tak nafikan bahawa semua umat islam digalakkan supaya mewakafkan sedikit harta untuk hari akhirat. itu aku tak nafikan. tetapi aku pelik bila imam itu mengatakan dalam tempoh 5 tahun ini kerajaan negeri bercadang untuk membina atau membaik pulih 140 buah masjid di sekitar johor. kos untuk membina masjid atau baik pulih masjid melibatkan peruntukan sebanyak 1 juta ringgit bagi setiap masjid.
so, secara ilmiahnya kerajaan negeri memerlukan sebanyak rm140 juta ringgit untuk tujuan tersebut. aku tak nafikan seruan kerajaan negeri supaya seluruh rakyat johor mewakafkan sedikit harta untuk tujuan tersebut. yang menjadi persoalan aku bukankah membina masjid atau baik pulih masjid ini menjadi tanggungjawab pihak yang berkenaan. mengapa perlu timbul persoalan hingga hendak menubuhkan tabung saham wakaf ini untuk tujuan tersebut? adakah kerana kalau tabung saham wakaf ini tidak mempunyai duit sebanyak rm140 juta tersebut, semua masjid tak dapat dibina atau dibaik pulih? mengapa tabung ini perlu diwujudkan?
aku rasa kerajaan negeri patut secara automatik mengeluarkan duit sebanyak rm100 juta contohnya sebagai permulaan bagi mengisi tabung tersebut. so dengan secara automatiknya orang ramai akan beranggapan bahawa kerajaan johor secara serius akan membina atau membaik pulih masjid masjid disekitar negeri johor. bagaimana jika dalam masa 5 tahun ini saham wakaf tersebut tidak dapat mencapai target sebanyak rm 140 juta tersebut? adakah kerana itu ada masjid dinafikan haknya untuk mendapat bantuan baik pulih atau bina semula masjid jika ada keperluan tersebut?
aku sekadar berkongsi pendapat dengan kawan kawan mengenai pendapat aku tentang perkara ini. cuma apa yang aku tekankan menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk baik pulih atau membina semula masjid. cuma saham wakaf itu menjadi advantage yang boleh digunakan oleh kerajaan negeri.
masjid nabawi... masjid kebanggaan umat islam.

No comments:

Post a Comment