April 30, 2009

message from the boss

This is the moment, according to Arsène Wenger.

The Arsenal manager sends out his side at Old Trafford this evening with the intention of not only beating Manchester United in the Champions League Semi-Final first leg but laying down the gauntlet for the rest of the competition.

The Frenchman has taken the Emirates Stadium club as close as anyone to winning Europe’s top trophy – the difference between a winning position and defeat was a mere 13 minutes in 2006.

Since then he has painstakingly put together a new, young side. Tonight he takes them into the cauldron that is Old Trafford well aware that they could change from dark horses to frontrunners in the space of 90 minutes.

“Exactly,” he smiled at Tuesday’s press conference when the question was put to him. “This is the moment we have waited for and we want to show what is needed to take advantage of our first game.

“We have tried to build our team in a different way. It is not better or worse. We have just built a young team because we wanted to develop a special way of playing and a special spirit. When the players had been educated together from the age of 16 to 23 or 24 there is something special we hope will come out at this level of the competition.”

It is a noble pursuit and one Wenger has discussed widely while its seeds have been germinating in the past five years. Eventually, even the Frenchman concedes they have to bear fruit.

“Every title makes you bigger,” he said. “But what makes the size of the club are the people who love it.

“People love success. And the more you win, the more fans you have who love the club. But there is something more than winning trophies. It is the style of play, the ambition you have, the vision and values the club has. It is all around. But it has all to be right and, of course, trophies are part of it.”

Arsenal can take a major step towards another with a solid result tonight.

April 28, 2009

April 23, 2009

gunners war

salam. pagi rabu hari tu ada EPL liberpool vs arsenal. pehhhh... 4-4 siot. puas hati tengok game tu. aku nengok liberpool menyerang dah macam apa ntah. arsenal asyik kena serang je. nasib baik kitaorang terer.
malam tu ashavin berjaya menjaringkan 4 gol. diulangi 4 gol. gila siol. gila pun tak macam ni. setakat ronaldo tu apa la sangat. keeper arsenal fabianski tu nampak gugup sikit. maklumlah... jumpa team yang agak kuat. aku cakap agak tau.. bukan kuat.
aku nengok player arsenal bersungguh sungguh untuk menang. maklumlah arsenal kan dah tak kalah sejak 18 game yang lalu. ewahh. tapi aku respect kat player liberpool, memang pagi tu antara game yang terbaik penah aku tengok. aku siap buat nesafe gold, diulangi gold dua kole sebab nak layan game tu.
lepas ni adaa game paling aku tunggu, arsenal vs MU, team yg paling aku tak suka kat muka bumi ni. bang sudin kawan aku penyokong kuat MU. walaupun kami berlainan team yang kami sokong tapi kami masih boleh duduk semeja sambil nengok game bersama sama. kalau member aku bijai ada mesti best, boleh kitaorang taruk team MU masa kalah ngan arsenal nanti. mau ada rusuhan kalau MU kalah.
so to all gunners, keep the faith. katakan yang kita boleh mengalahkan MU... yaaaa kita bolehhhhhhhhh......

April 20, 2009

puas hati aku...

salam. korang layan je apa apa yang aku lampirkan....

tepi... tepi... aku nak sepak ni...

tevez sedang berebut bola ngan neville

kita berjaya, kita berjaya

korang tengok sampai melopong mulut fergusen.



hero game semalam, howard....

April 19, 2009

akhirnya tewas juga...

salam. semalam ada game FA cup separuh akhir. ahhhh... arsenal kalah ngan chealsea 1-2. kecewa betullah aku. dah la semalam umah aku takde karen, terpaksa aku nengok kat umah bang sudin.
diawal perlawanan ok je arsenal menyerang. aku nengok keeper arsenal agak gugup. maklumlah second keeper sebab ganti alumnia yang cedera. defender pun ramai yang injured. sagna, clichy ngan gallas tak main. so chealsea mengambil kesempatan daripada ketiadaan defender tersebut.
so aku malas nak ulas kekalahan arsenal sebenarnya tapi biasa la adat perlawanan ada yang kalah. yang kalah pulak arsenal. aduh... hati panas je. takpe lepas ni tinggal champions league je harapan arsenal untuk merangkul kejuraaa. komon arsenal... kasi menang sama MU. so pada all the gunners fan.. keep the faith. adios..

April 17, 2009

tazkirah jumaat

salam. sedikit tazkirah untuk semua. selamat beramal.

Beberapa petua yang merupakan anak kunci pada pintu-pintu rezeki. Cubalah siapa tahu ia benar-benar boleh membuka pintu-pintu rezeki seluas-luasnya.

· Dalam Surah Al-Araf ayat 96, Allah SWT menjelaskan keutamaan takwa dalam konteks dimurahkan rezeki, yang bermaksud, Dan (Tuhan berfirman lagi), sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (rasul Kami), lalu Kami timpahkan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka usahakan.â€�

· Banyakkanlah berdoa, sebab doa boleh mengubah takdir.
· Berbanyak-banyak mengeluarkan sedekah.
· Jika masih ada ibu bapa berbuat baiklah kepada mereka.
· Beristighfar banyak-banyak.
· Solat duha.
· Baca Surah al-Waqiah.
· Beri makan haiwan.
· Jangan menyeksa binatang.
· Jaga silaturahim.
· Bayar zakat.
· Menyempatkan diri beribadah.
· Tinggalkan perbuatan dosa.
· Buat baik dan tolong orang yang lemah.
· Tunaikan hajat orang.

gambar menceritakan segala galanya....

April 15, 2009

bapak jahanam

salam. korang baca je. malas aku nak citer...

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...
Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.
Bedah : Ya bapak, ada apa?
Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.
Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)
Bapak : Dengar tak bapak kata.....
Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.
Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.
Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...
Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.
Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.
Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.
Bedah : Apa???!!!
Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.
Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)
Bapak : Bedah, tengok ni
Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.
Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.

April 14, 2009

minggu yang bercampur baur

salam. agak lama juga aku tak mengupdatekan blog aku ni. aku tau tau kenapa aku rasa macam takde mood je nak update. perasaan aku bercampur baur untuk update blog aku.
minggu lepas arsenal ada beberapa game. champion league arsenal seri 1-1 dengan villareal. nasib baik first game main kat villareal. ada peluang untuk taruk villareal kat emirates nanti. hari sabtu ada lawan wigan tapi hampeh takde live. dah la takde live, siaran tertunda pun takde. aduh... menyirap aku.
minggu ni pulak road tax kete mati.. hehehehe ... duit lagi. dah standby untuk duit road tax, ada pulak saman. siap kena black list lagi. hahahaha... tak guna punya PDRM asyik nak menyaman ke kerjanya. satu saman speed trap (kena tembak) satu lagi saman menghalang lalulintas.
aku hati panas je. dah la tengah kelembapan ekonomi, kena pulak saman. nak buat camne, kena bayarlah jugak. kalau tak bayar sampai bila road tax kete aku tak boleh renew. tapi alhamdullilah, aku berjaya jugak bayar saman tersebut.
nampaknya bulan ni aku struggle sikitlah. nasib baik aku ada isteri yang memahami situasi aku. insyaalah kalau aku ada rezeki lebih akan aku balas semua kebaikan yang telah isteri aku curahkan kepada aku. cuma masa menentukan.
so aku harap lepas ni aku akan lebih tabah untuk menjalani hidup yang penuh dugaan ini. mungkin selama ini aku kurang bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepada aku. so pada kawan kawan, bersyukurlah dengan apa yang ada pada diri kita.... adios

April 03, 2009

adab adab berjimak (untuk bacaan yang dah berkahwin sahaja)

salam. sedikit ilmu untuk sama sama kita mengamalkannya.

Sabda Rasullah s. a. w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a. s"

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta - minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7.. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, sunglap dan menghendaki dunia daripada akhirat.

Cara berjimak yang dituntut.

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s. w. t

2. Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkanya (turun bala ) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana dikalangan yg bijaksana atau org alim dikalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari ditengah langit. Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5 Pada malam Jumaat .Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya .

p/s. pada bijai, ko boleh baca je. nanti balik malaysia baru amalkan.

April 01, 2009

rahsia memotong kuku

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala..

cerita tentang makanan

Mengeteh dengan Pak Rahman di kedai Nasir memang seronok. Orang tua bekas kelasi kapal ni memang cukup berpengalaman. Kisah-kisah mengembara di negara orang memang cukup teman suke mendengornye sejak kecik lagi. Tak silap teman, hampir 3 suku dunia ni dah dijejaknye..

"Aku baru balik dari Giant tadi. Beli sabun, ubat gigi, sempoo, pencuci pinggan tup-tup dah nak abih seratuih! Gile betui dibuatnye la ni!" rungut Pak Rahman.

" Dah lagu tu Pak Rahman, nak buat lagu mana lagi.." jawab teman yang teruih tukar slang utara celup bile belabun dengan Pak Rahman.

"Lup, kalu hang ada 4 kupang boleh ka hang makan roti canai ni?" tanya orang tua ni.

"Hisy! Roti ni lapan kupang Pak oii, mana boleh!" jawab teman.

"Itule nasib kite kat sini.. kalu kamu tak cukup sekupang je, mampuih Nasiaq nak bagi kamu roti canai.. hang tau masa aku di sebuah negara bekas blok komunis, aku dapat saksikan sendiri negara yang dikatakan haprak kominih ni masih menghargai kemuliaan insan tau dak?"

"camana tu?" tanya teman.

"Kat sana, kalu hang ade 4 kupang hang boleh order roti canai ni separuh dan pekedai tu takdak masalah bagi separuh kerana bagi depa, sebagai manusia hang layak makan mengikut berapa yang hang ade..kalu mampu suku- suku keping pun depa kasi. Kat sana, depa juai minyak masak pakai mesin macam mesin air mineral kat sini..hang nak beli minyak masak secawan pun buleh! ikut kemampuan hang!"

tambahnya lagi, "kat sini kucin dok melangut kat tepi meja pun buleh dapat secubit roti, tapi kalu hang takdak duit, ade dak oghang nak campak secubit untuk hang?"

"mana baguih, hang ka kucin kurap tu?"..

teman memandang kucing jantan yang sedang dok ngendeng2 kat kaki teman mintak secubit roti canai...syahdu!

erti sahabat