December 01, 2009

korban di surau az zakirin, jalan lading

salam. aku malas nak citer, korang nengok gambo jelah k....



November 24, 2009

lambaian kaabah

salam. baru beberapa minit lepas aku dapat panggilan daripada best pren aku bijai yang bekerja di arab saudi. dah lama jugak aku tak berborak dengan dia. maklumlah masing masing sibuk dengan tanggungjawab.
alhamdullilah, bijai akan dapat dan pergi menunaikan ibadah haji tahun ni. aku cuma berdoa agar bijai dianugerahkan dengan haji yang mabrur. amin.... mungkin dah rezeki dia sebab dah terlanjur bekerja disana alang alang boleh buat haji sekali.
cuma aku berfikir sendiri bila agaknya aku dapat pergi menunaikan haji.... at least dapat pegi buat umrah pun dah kira ok dah. insyaallah, aku sentiasa berdoa semoga aku dipermudahkan rezeki supaya aku dapat menjejakkan kaki aku ke tanah suci mekah satu hari nanti. amin ya rabbal alamin.....

p/s : selamat menunaikan haji pada Norezal Bin Othman... Moga mendapat haji yang mabrur..... (ada jugak member aku yang dah jadi haji...)

kaabah.... insyaallah satu hari aku akan menziarahimu.....

November 23, 2009

kursus pengurusan jenazah di surau Az Zakirin

salam. alhamdullilah, pagi ahad hari tu aku selamat menjalani kursus pengurusan jenazah. berbaloi jugak pegi sebab selama ni aku tak tau pun macam mana nak cara nak menguruskan jenazah dengan betul. cuma kalau ada kematian aku cuma menghadirinya sahaja tanpa menghulurkan apa apa pertolongan (cuma kadang kadang aku disuruh membantu mengangkat jenazah sahaja).
kursus ni bermula pada pukul 9:00 pagi dah berakhir kira kira pukul 12:30 pagi. banyak jugak ilmu yang aku dapat. ustaz dari pejabat agama tu bercerita daripada adab adab melawat orang sakit, orang yang sedang sakit nazak, orang baru meninggal dan pengurusan jenazah dari mula hingga la akhir. yang bagusnya lagi dia ustaz ni siap ada buat latihan secara praktikal macam mana nak mandikan jenazah dan mengkafankan jenazah.
pada mula mulanya masing masing tak nak jadi model, last last pak bilal yang kena jadi model. dengan menjalani kursus ni ada la sedikit pengetahuan aku tentang cara pengurusan jenazah ni.

sebelum kursus kena daftar dulu...

kursus dijalankan di bangunan tambahan yang baru siap dibina

pada kaum kaum bapa, sebelum kursus pekena rokok dulu... baru mabeles...

penceramah dari pejabat agama negeri johor

pak bilal (model paksa jadi jenazah...)

tengah diberi tunjuk ajar tentang cara mengkafankan jenazah

ustaz sedang memberikan penerangan

pak bilal tengah dikafankan

pak bilal dalam proses akhir dikafankan

pak bilal berjaya dikafankan....

November 10, 2009

P1 MAX....

salam. aku sekarang ni pakai celcom berukband kat umah sekarang. aku nengok iklan P1 Max tu macam best je. POTONG... POTONG... (aku suka muka budak yang main kompang tu...).
kebetulan semalam aku pegi bayar bil untuk opis aku. so, aku pun pegi la bayar kat TM centre taman ungku tun aminah. aku nengok nombol (bijai kalau cakap nombor memang sebut nombol) giliran aku lambat lagi, aku pun singgah kejap kat kedai P1 Max ni. kedai dia betul betul sebelah dengan kedai TMNet (macam dok menganjing je kat TM).
dalam kedai P1 Max tu ramai jugak orang. aku pun tak tau mana satu pekerja, mana satu pelanggan. pastu ada sorang budak cina, (gemuk gemuk cam bang sudin) tegur aku... "ya boss, mau pakai P1 Max ka?' dia tanya. aku jawap balik "tak... saya mau tanya dulu" aku jawap.
belum aku nak ajukan soalan dia tanya aku dulu.... "boss rumah area mana aaaaaaa??" tanya budak cina yang gemuk macam bang sudin ni..
aku cakap aku duduk area tiram. dia tanya aku lagi tiram mana area? aku tanya balik la, kenapa? itu P1 Max takde coverage ke kat tiram. terus budak cina gemuk cam bang sudin tu cakap..... "oooooo itu P1 Max aaaaaa dia ada cover sampai pelangi indah sahaja"... aku cakap balik "ooooo, sampai pelangi indah je..." aku nengok budak cina gemuk cam bang sudin tu pun dah macam malas nak layan aku. aku pun cakap terima kasih terus belah tunggu giliran nak bayar bil.

moral of the story : nengok iklan tepi highway, dalam surat khabar dan dalam media massa macam best je... rupa rupanya P1 Max ni haram jadah dia punya coverage tak meluas lagi. pas tu promote macam haram... baik pakai celcom berukband dari guna P1 Max ni.... potong? potong?... lanchauuuuu

November 05, 2009

kenangan lama...

salam. bagus jugak teknologi yang ada sekarang ni. gambar gambar lama masih kita boleh abadikan. kalau dulu gambar hanya kita boleh tengok melalui kepingan gambar yang telah digambarkan oleh kedai gambar. itupun kena ada negatif, kalau negatif kita masuk angin.... hampeh langsung tak boleh nak print gambar tersebut.
cousin aku ada upload gambar kat facebook masa aku kecik kecik dulu. gambar ni masa aku kat rumah arwah atuk aku kat muar. aku pun tak ingat sapa yang amik gambar ni. dulu mana la ada kamera digital cam sekarang. rumah arwah atuk aku pun dah takde sebab dah kena makan anai anai. so korang tengok la gambar masa aku muda muda belia gitu... teringat masa kecik kecik kalau semua sepupu sepupu aku berkumpul mau bergegar rumah arwah atuk aku masa tu... happy time always... adios...

korang teka mana satu aku?? hahahaha

meeting di terengganu polo club

salam. beberapa hari lepas aku ada pegi kuala terengganu dengan bos aku kerana ada meeting bersama sama dengan orang orang dari JKR Terengganu. adik sultan terengganu pun ada datang iaitu Tengku Badrul.
tengku badrul (adik kepada sultan mizan zainal abidin)

ini la first time aku meeting bersama sama dengan orang orang kenamaan. selama ni pergi meeting dengan ikan ikan bilis je. sekali ni meeting dengan kerabat diraja gugup jugak. mana la tau diaorang tanya ntah apa apa nanti.
aku bertolak dari JB dalam pukul 5:00 petang. bos aku suruh ikut segamat je pasal macam lebih dekat berbanding ikut mersing. dengan berbekalkan kereta mercedes bos aku, aku pun drive menuju ke kuala terengganu. cuaca pulak agak lembab sebab sepanjang perjalanan hujan turun.
sepmat la jugak berhenti makan kat paka sebab on the way tu aku dah makan macam macam makanan ringan. asam, kerepok mister potato, gula gula.... air takyah cakap ntah berapa botol aku minum. tu yang asyik berhenti buang air kecil je.
akhirnya sampai jugak ke Terengganu Equatrian Resort (TER) tepat pukul 1:00 pagi. terus check in pasal nak jalan pun nak buat mende... hujan dan hari pun dah larut malam.
besoknya pagi pagi dah bangun sebab nak pekena nasi dagang yang menjadi kebanggan rakyat terengganu tu. kat johor bukan takde jual tapi dah alang alang sampai terengganu ni, rasanya lebih enak makan nasi dagang pasal bos aku cakap setakat nasi lemak dengan roti canai kat johor pun belambak.
laman polo (tempat ngeteh kaki kaki polo sebelum main polo) teringat aku lounge mak minah dalam citer masam masam manis tu....
lepas sarapan bos aku ajak pegi pasar kedai payang cari apa apa untuk dibeli untuk buah tangan pada orang johor. sampai kedai payang pun kedai tak banyak bukak lagi sebab masih awal lagi sebab baru pukul 9:00 pagi. dapat la jugak aku belikan baju batik untuk anak aku (wife aku takde sebab budget ciput)
lepas berjalan lebih kurang pegi pulak opis kontraktor pasal nak downloadkan drawing untuk presentation nanti. sempat jugak bos aku singgah beli baju batik. aku nengok je la pasal takde planning pun nak beli baju batik.
lepas berbincang lebih kurang kitaorang pun menuju balik ke TER sebab nak setup equipment untuk presentation nanti. lepas setup aku balik ke hotel untuk bersiap untuk meeting petang nanti. sempat jugak la sembahyang kat masjid terapung sebelum balik ke hotel sebab masjid ni betul betul sebelah dengan hotel aku.
padang polo yang di upgradekan

tempat kuda warm up

meeting dijangka akan bermula pukul 2:00 petang tapi Tengku Badrul sampai dalam pukul 3:30 petang. penat nunggu sampai perut aku lapar gila sebab tak ambik lunch. tapi aku suspek betul la sebab first first Tengku Badrul tu mintak maaf pasal lambat sebab ada perkara yang tak dapat dielakkan. nasib baik presentation tu pihak kontraktor yang buat presentation... selamat aku. kalau tak mau berbuih mulut aku nak bagi presentation.
presentation habis dalam pukul 5:00 petang. nasib baik diorang ada sediakan makanan. apa lagi aku dengan rakusnya makan sebab perut aku dah lapar gila dah. dah la tu duduk dalam air cond lagi. lagi la aku cepat lapar.
ada sandwich, karipap... hidangan wajib, kuih lapis dengan tart telur... mabeles

keropok lekor ngan hot dog

nasi gorang ngan chicken wing

meja hidangan .. ini pun nak tunjuk ke???

lebih kurang pukul 6:30 petang bertolak balik dan sampai JB dalam pukul 2:00 pagi. terus amik kereta aku kat rumah member aku terus balik rumah. harap harap dapat pegi lagi kuala terangganu ni... adios

tengku badrul punyer hummer... i like to own it...

October 27, 2009

kejadian tempoh hari

Mayat anak tanpa kepala


JOHOR BAHRU: Hati seorang ibu tunggal bertambah remuk apabila mendapati mayat anak lelakinya berusia lima tahun yang hilang dihanyutkan arus di Sungai Tiram di sini sejak Jumaat lalu, ditemui semula tanpa berkepala, kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian, semalam.
Apa yang meyakinkan Fadzilah Abdul Malik, 38, bahawa jasad yang kaku terbaring di atas meja pembersihan di Bilik Mayat Hospital Sultan Ismail (HSI) itu adalah anaknya Arfan Danni Asri ialah baju-T berwarna biru cair yang dipakainya.
Anak ketiga daripada lima beradik itu dikatakan terjatuh dalam longkang besar berhampiran kediamannya sebelum dihanyutkan arus deras tiga hari lalu, dijumpai kira-kira jam 1.45 tengah hari semalam, di kuala Sungai Tiram, tanpa kepala dipercayai dimakan binatang liar.
Menceritakan detik memilukan itu, Fadziah berkata, ia berlaku pada jam kira-kira 3 petang Jumaat lalu apabila Arfan Danni yang keluar bermain di taman permainan kanak-kanak berdekatan rumahnya Jalan Lading 40, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram itu, hilang dipercayai tergelincir ke dalam longkang berukuran kira-kira 0.5 meter.
“Saya membenarkan Arfan Danni bermain bersama abangnya, Amir Danis (6) dan adik perempuannya, Arfina Farisah (4), kerana ketika itu awan masih cerah.
“Tidak lama kemudian, hujan lebat dan saya meminta anak sulung, Aiman Daniel (8) untuk memanggil adik-adiknya untuk memasuki rumah. Tiba-tiba, Amir berlari sambil menjerit Danni hanyut.
“Saya berlari untuk melihat Danni tetapi tidak lagi ternampak kelibatnya sehingga menyebabkan saya mula panik,” katanya sambil memberitahu tidak menyedari sebarang perubahan tingkah laku yang berlaku ke atas anaknya itu.
Katanya, beberapa jirannya membantu menghubungi Polis sebelum usaha mencari dijalankan di sekitar longkang dan Sungai Tiram.
Menurutnya, sepanjang usaha mencari Danni dilakukan adalah detik yang paling mencemaskan dan sukar ditempuhi ahli keluarganya kerana ketika itu mereka diselubungi dengan pelbagai perasaan di samping tidak putus menaruh harapan Danni selamat.
“Kira-kira jam 2 petang (semalam) keluarga kami menerima panggilan daripada polis menyatakan jenazah Danni sudah ditemui di kuala Sungai Tiram di sini.
“Tidak dijangka baju kegemaran yang dipakainya selalu akhirnya membantu kami mengenal pasti jenazahnya yang pada mulanya sukar dikenali. Kami redha dengan dengan pemergiannya dan berterima kasih pada pihak berkuasa yang bertungkus-lumus mencarinya,” katanya.
Sementara itu, nenek mangsa, Rahmah Nyop, 60, berkata dia tidak menjangka mimpinya beberapa minggu lalu seolah-olah memijak lumpur di kediaman anak perempuan bongsunya itu membawa petanda buruk.
“Kami masih terkilan dengan kejadian menimpa cucu kesayangan itu,” katanya ketika ditemui di kediaman mangsa di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob yang mengesahkan kejadian itu, berkata gerakan mencari mayat dijalankan oleh polis, bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan Unit Komando.

nota : kejadian ni berlaku betul betul berdekatan dengan rumah aku. moga roh mangsa ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. amin.

October 22, 2009

mitos tentang panaskan enjin kereta diwaktu pagi...

Sekadar berkongsi.

Aku hari2 kasi panas enjin without fail. Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana?

Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin.. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.
gambar saga megabal kebanggaan bijai (sekadar gambar hiasan)

October 20, 2009

selamat hari jadi sayang....

salam. hari ni hari jadi wife aku yang ke 27. aku saje je tak nak wish dia pagi pagi buat sebab balik nanti aku nak surprise kan dia. aku ingat nak beli kek kecik je. pas tu suruh anak aku bagi sambil ucap 'haapy birthday mama'.
moga wife aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...semoga menjadi isteri yang solehah dan menjadi mama yang terbaik untuk ahmad hakimi ariff.... amin...

October 19, 2009

bang bang boom






salam. hujung minggu lepas aku ada attend satu wedding cousin aku kat batu pahat. alhamdulillah semuanya berjalan lancar. rumah cousin aku ni buat wedding pakai catering. dari masak sampai la kepada basuh pinggan... orang rewang... semuanya diuruskan oleh pihak yang menerima catering.
bagus jugak cousin aku buat camni. at least family yang jauh jauh tu datang tak payah la nak menyusahkan diri tolong. bukannya apa cuma kalau semua pihak catering dah buat semuanya, at least saudara mara semuanya dapat relax sikit.
dalam pukul 2:00 camtu ada bebudak dari rancangan BANG BANG BOOM datang menerjah. aku pun pelik jugak camne la crew crew ni boleh sampai kat wedding cousin aku ni..? rupa rupanya dioarang ada buat pengambaran kat sekitar batu pahat.
so diaorang raound round dan terus terjah ke wedding cousin aku ni. ok la jugak, sempat jugak la aku berborak dengan si amat ngan azahari tu. pecah perut la jugak berborak dengan diaorang. budak dua ekor ni mamang lawak gila. cuma aku tak jumpa si bobo tu sebab si amat cakap dia MC. ntah ye ntah tidak je. dioarang datang makan je, pastu diorang terus beredar.
aku balik dalam pukul 4:00 petang sebab hari ahad mentua aku nak datang rumah pasal nak dekat tiga minggu jugak dioarang tak jumpa ngan anak aku. dah rindu sangat kot.. ok la prend... adios...

October 06, 2009

harga rokok naik lagi...

salam. syabas kerajaan malaysia kerana telah menaikkan harga rokok buat sekian kalinya. hari ni rokok dunhill besar yang biasa aku hisap hari hari dah naik dari RM9.00 kepada RM 9.30. so aku rasa adakah perlu aku berhenti hisap rokok atau tidak?
kalau nak dikira sebulan je perbelanjaan untuk rokok sahaja sudah mencecah kepada RM300.00. wife aku dah bising jugak suruh berhenti tapi aku seperti biasa.... buat buat tak dengar je. ada juga niat dalam hati nak berhenti jugak. insyaallah... aku rasa sudah sampai masanya aku berhenti hisap rokok ni. komon... u can do it ajak...

October 05, 2009

cerita tentang arsenal

Arsenal belasah Blackburn 6-2

LONDON: Arsenal membelasah Blackburn Rovers 6-2 pada saingan Liga Perdana Inggeris malam ini meskipun dua kali tertinggal sebelum menang selesa di Stadium Emirates.
Pasukan tuan rumah itu dikejutkan dengan gol awal Blackburn pada empat minit permainan bermula menerusi Steven Nzonzi sebelum pertahanan tengah Arsenal, Thomas Vermaelen menyamakan kedudukan.
Selepas itu, Blackburn mendahului semula menerusi gol David Dunn hasil serangan balas, tetapi dua minit kemudian penyerang Belanda, Robin van Persie sekali lagimenyamakankedudukan. Sebelum separuh masa tamat, Arsenal menemui rentak permainan dengan mendahului menerusi jaringan Andrei Arshavin, menjadikan kedudukan 3-2.
Cesc Fabregas menyumbat gol keempat Arsenal diikuti Theo Walcott sebelum pemain simpanan, Nicklas Bendtner menamatkan saingan Blackburn untuk gol keenam Arsenal.
Kemenangan itu membolehkan Arsenal mengekori Liverpool, yang akan bertemu Chelsea lewat malam ini. Kedua-dua pasukan berkongsi 15 mata di tangga keempat tetapi dipisahkan dengan kelebihan jaringan gol memihak kepada Liverpool. - Reuters


berjumpa kembali.

bismillah...

salam. lama jugak la aku tak update blog aku ni. rasa rasanya nak puasa hari tu aku last update blog aku. bukan tak nak update tapi aku sibuk dengan tugasan tugasan yang tak pernah habis. melayan kerenah kawan kawan ngan keluarga aku. mana sibuk dengan puasa lagi...
beberapa hari lalu aku telah menyambut hari lahir aku yang ke..... (macam artis la pulak kena rahsiakan tarikh lahir). best pren aku bijai dah balik arab dah. maklumlah, mencari rezeki sampai sana. tapi kali ni dia bawak semua family dia sekali. bagus jugak dia bawak family dia ke sana. at least sakit pening family dia ada depan mata.
best pren aku sorang lagi akan dipindahkan ke sarawak. so secara ilmiahnya aku telah kehilangan dua orang best pren aku buat sementara. nak buat camne, masing masing ada tanggungjawab dan tugasan. tapi takpe insyaallah kita orang akan berjumpa lagi.
so buat kawan kawan semua yang masih ada disemenanjung malaysia ni, ingat ingat la aku kat sini. insyallah nanti aku uploadkan gambar masa hari raya hari tu... adios....

August 21, 2009

Selamat Datang Ramadhan.

salam. selamat datang bulan ramadhan, bulan yang penuh barakah dan bulan dimana kita dituntut untuk melakukan ibadah kepadaNya. Moga moga ramadhan tahun ini kita bersama sama akan mendapat keberkatan dan barakah dariNya. Amin Ya Rabbal Alamin.
Selamat Berpuasa Pada Kawan Kawan Semua.

August 17, 2009

GUNNERS RULEZ...

salam. minggu lepas EPL berlangsung balik selepas beberapa bulan berhenti rehat. team kesayangan aku Arsenal first game jumpa Everton kat tempat lawan. aku rasa semacam juga masa sepak mula tu. maklumlah, semenjak pemergiaan adibahyor dan toure ke manchester city adakah arsenal boleh survive?
rupa rupanya tanggapan aku meleset sekali. arsenal berjaya membelasah dan mengkendurikan (ayat baru ni) team everton ni dengan jaringan 6-1. pehhh, macam tak percaya je. ni baru first game ni. aku nengok bahagian midfield arsenal ada peningkatan. aku suka tengok denilson dengan alex song, mereka ada menunjukkan peningkatan.
arsenal ada beli central defender, bekas captain ajax iaitu thomas vermalen. fuh... dia partner pulak dengan galas.... settle.
ada jugak player yang injured seperti rocisky, walcott dan beberapa orang lagi. kalau si walcott ni main masa lawan everton tu, confirm boleh menang lebih lagi. tapi apa apa hal arsenal tak boleh mendabik dada lagi. ni baru first game. ada lagi 37 game lagi untuk dilalui lagi. tengah minggu ni ada qualifiying champion league. mudah mudahan berjaya la ye....

August 10, 2009

pemilihan hari membeli pakaian

Dalam berpakaian, ajaran Islam mensunatkan menjahit pakaian atau membeli pakaian pada hari Khamis, Jumaat dan Isnin. Tersebut di dalam kitab Hasyiatul Jamal :

- Barangsiapa menggunting baju atau membeli pakaian pada hari Sabtu, akan mempusakai penyakit selama pakaian itu dipakainya pada badan.
- membeli pakaian pada hari Ahad, mewarisi dukacita, kesusahan dan tiada berkat.
- hari Isnin, memperolehi berkat
- hari Selasa, mewarisi musibah
- hari Rabu, direzekikan dia dengan rezeki yang banyak tanpa banyak usaha
- hari Khamis, direzekikan dia dengan ilmu
- hari Jumaat, direzekikan dengan panjang umur untuk beribadat.

pemilihan hari membeli pakaian

Dalam berpakaian, ajaran Islam mensunatkan menjahit pakaian atau membeli pakaian pada hari Khamis, Jumaat dan Isnin. Tersebut di dalam kitab Hasyiatul Jamal :

- Barangsiapa menggunting baju atau membeli pakaian pada hari Sabtu, akan mempusakai penyakit selama pakaian itu dipakainya pada badan.
- membeli pakaian pada hari Ahad, mewarisi dukacita, kesusahan dan tiada berkat.
- hari Isnin, memperolehi berkat
- hari Selasa, mewarisi musibah
- hari Rabu, direzekikan dia dengan rezeki yang banyak tanpa banyak usaha
- hari Khamis, direzekikan dia dengan ilmu
- hari Jumaat, direzekikan dengan panjang umur untuk beribadat.

August 08, 2009

ramadhan al mubarak

Mengenal Ramadhan

Bulan Ramadhan mempunyai nilai khusus di hati Ummat Islam berhubung di bulan tersebut ada nilai ibadah yang sangat tinggi. Semangat Ummat Islam di seluruh dunia bangkit untuk beribadah kepada Allah ketika bulan ini datang. Oleh karena itu, Ummat Islam harus mengerti apa keterangan yang pasti dalam Al-Qur’an dan Al-Hadits tentang apa keutamaan Ramadhan di sisi Allah yang bisa diraih oleh Ummat Islam. Sebab untuk mengamalkan agama Allah itu menurut Islam haruslah di atas dasar ilmu dan tidak boleh ikut-ikutan. Dan ilmu yang pasti dalam pandangan Islam tentang berbagai keutamaan yang ada di sisi Allah Ta`ala adalah hanya yang datang dari Al-Qur’an dan Hadits Shahih saja.

BEBERAPA KEUTAMAAN BULAN RAMADHAN

Berikut ini kami berupaya menyajikan kepada segenap pembaca yang budiman berbagai berita dari Al-Qur’an dan Hadits Shahih tentang keutamaan Ramadhan dan keutamaan amalan ibadah yang dilakukan di bulan itu. Agar kiranya dengan penyajian ini para pembaca yang budiman akan semakin mencintai bulan Ramadhan dan lebih semangat dalam menyambut dan meramaikan bulan tersebut dengan berlomba-lomba beramal shalih karena Allah Ta`ala semata.

Allah Ta`ala menegaskan tentang keutamaan bulan Ramadhan dalam firman-Nya di surat Al-Baqarah 185:

“Bulan Ramadhan adalah bulan yang diturunkan padanya Al-Qur’an sebagai petunjuk kepada sekalian manusia dan sebagai keterangan dari petunjuk dan furqan. Maka barangsiapa dari kalian menyaksikan bulan tersebut, maka hendaklah dia berpuasa.” (Al-Baqarah: 185)

Maka keutamaan yang paling utama bagi bulan Ramadhan ialah dipilihnya bulan tersebut oleh Allah sebagai bulan diturunkannya Al-Qur’an. Al-Hafidh Ibnu Katsir dalam Tafsir beliau menerangkan ayat ini dengan hadits Nabi shallallahu `alaihi wa alihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya (pada hadits no: 17109) dengan sanadnya yang bersambung sampai pada Watsilah bin Al-Asqa’ radliyallahu `anhu. Beliau memberitakan bahwa Rasulullah shalallahu `alaihi wa alihi wa sallam bersabda:

“Diturunkan Shuhuf Ibrahim pada malam pertama di bulan Ramadhan, dan diturunkannya Taurat pada enam hari pertama bulan Ramadhan, dan Injil diturunkan pada hari ke tiga belas bulan Ramadhan, dan diturunkannya Al-Qur’an pada hari ke dua puluh empat dari bulan Ramadhan.” (HR. Ahmad dalam Musnadnya)

Ditambahkan pula oleh Ibnu Katsir beberapa riwayat dengan sanad yang bersambung sampai kepada Ibnu Abbas radliyallahu `anhuma bahwa beliau memberitakan: “Al-Qur’an diturunkan pada bulan Ramadhan pada malam yang mulia (lailatul qadar, yaitu malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, pent). Dengan sekaligus seluruhnya diturunkan ke langit dunia, kemudian setelah itu Allah berbicara dengan Nabi-Nya apa yang dikehendaki-Nya (dengan menurunkan ayat demi ayat dari Al-Qur’an itu kepada NabiNya, pent). Dan orang musyrik tidaklah datang mendebat Nabi-Nya kecuali Allah selalu menurunkan ayat Al-Qur’an untuk membantahnya.”

Al-Imam Abu Abdirrahman Ahmad bin Syu’aib bin Ali An-Nasa’i dalam Sunannya hadits ke 2106 dari Abi Hurairah radliyallahu `anhu bahwa Rasulullah shallallahu `alaihi wa alihi wasallam bersabda:

“Telah datang kepada kalian Ramadhan, ia adalah bulan yang diberkahi oleh Allah. Padanya Allah `Azza wa Jalla mewajibkan atas kalian untuk berpuasa. Dalam bulan ini dibuka pintu-pintu langit dan ditutup padanya pintu neraka jahannam dan dibelenggu pada bulan ini segala tipu daya syaithan. Bagi Allah pada bulan ini ada satu malam yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang diharamkan dari kebaikan bulan ini, maka sungguh dia diharamkan dari segala kebaikan.” (HR. An-Nasa’i dalam Sunannya juz 3 hal. 434 – 435 no. 2105 dari Abu Hurairah radliyallahu `anhu)

Dalam riwayat lain dari An-Nasa’i juga Abu Hurairah radliyallahu `anhu meriwayatkan sabda Nabi shallallahu `alaihi wa alihi wasallam dengan lafadh:

“Apabila masuk bulan Ramadhan, dibukalah oleh Allah pintu-pintu rahmat Allah.” (HR. An-Nasa’i dalam Sunannya juz 3 hal. 434 no. hadits 2104 dari Abu Hurairah radliyallahu `anhu)

Dalam riwayat yang lainnya lagi An-Nasa’i, dari Abu Hurairah bahwa Nabi shallallahu `alaihi wa alihi wasallam bersabda:

“Apabila masuk bulan Ramadhan, dibukalah pintu sorga.” (HR. An-Nasa’i dalam Sunannya juz 3 hal. 434 no. hadits 2103 dari Abu Hurairah radliyallahu `anhu)

Jadi dibukanya pintu-pintu langit itu adalah untuk turunnya rahmat Allah kepada kaum Mukminin dan dengan rahmat Allah itu pula orang Mukmin masuk sorga. Rahmat Allah bagi kaum Mukminin itu dalam bentuk ampunan Allah Ta`ala terhadap dosa-dosa kaum Mukminin di masa lalunya. Hal ini sebagaimana diterangkan oleh Rasulullah shallallahu `alaihi wa alihi wasallam dalam sabda beliau:

“Antara satu shalat dengan shalat yang lima waktu adalah pengampunan terhadap dosa yang terjadi diantaranya, antara ibadah Shalat Jum’at dengan Jum’at berikutnya adalah pengampunan terhadap dosa yang terjadi di antaranya, antara bulan Ramadhan dengan bulan Ramadhan berikutnya adalah pengampunan terhadap dosa yang terjadi diantaranya, bila dijauhi dosa-dosa besar.” (HR. Muslim dalam Shahihnya juz 1 hal. 218 hadits ke 233 dari Abi Hurairah radliyallahu `anhu).

Pengampunan Allah Ta`ala terhadap dosa-dosa kaum Mukminin di bulan Ramadhan adalah sebagai rahmat Allah untuk mereka, dikarenakan kaum Mukminin menjalankan kewajiban puasa Ramadhan. Rasulullah shallallahu `alaihi wa alihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan karena mengimani bahwa puasa di bulan itu wajib dan karena mengharapkan pahala dari sisi Allah, maka dia diampuni dosa-dosanya yang lalu.” (HR. Bukhari dalam Shahihnya hadits ke 38 dari Abi Hurairah radliyallahu `anhu).

Dalam riwayat lain Al-Bukhari meriwayatkan dari Abi Hurairah juga bahwa Rasulullah shallallahu `alaihi wa alihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang menunaikan qiyamullail (yakni shalat tarawih) dengan iman bahwa shalat itu dicintai oleh Allah dan mengharapkan pahala dari Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya di masa lalu.” (HR. Bukhari dalam Shahihnya, lihat Fathul Bari, jilid 1 hal. 92 hadits ke 37).

Maka dengan demikian, pengampunan Allah terhadap dosa-dosa kaum Mukminin di bulan Ramadhan itu di samping karena mereka menjalankan kewajiban puasa pada siang harinya, juga karena menjalankan amalan sunnah yaitu menunaikan shalat tarawih pada malam harinya. Sebaliknya, orang-orang yang tidak mendapatkan keutamaan bulan Ramadhan ini, adalah orang-orang yang melalaikan kewajiban puasa bulan Ramadhan dan juga melalaikan shalat tarawih. Orang-orang yang demikian inilah yang dikatakan telah diharamkan untuk mendapatkan keutamaan tersebut dan dengan sebab itu mereka diharamkan dari segala keutamaan Allah di bulan yang lainnya.

Bulan Ramadhan adalah bulan penggandaan pahala amalan shalih setiap Mukmin, hal ini telah diberitakan oleh Rasulullah shallallahu `alaihi wa alihi wasallam:

“Demi yang diriku ada di tangan-Nya, sungguh bau tak sedap yang keluar dari mulut orang yang sedang berpuasa itu di sisi Allah lebih wangi dari baunya minyak wangi misik. Allah berfirman: Orang berpuasa itu meninggalkan syahwatnya dan makanannya dan minumannya karena Aku. Maka amalan-amalan puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya. Setiap amalan baik Aku balas dengan sepuluh kali lipat pahalanya sampai tujuratus kali lipat, kecuali puasa. Karena puasa itu adalah untukKu dan Aku sendiri yang akan memberi ganjarannya.” (HR. Malik bin Anas Al-Ashbahi dalam Muwattha’nya no. 603, lihat At-Tamhid juz 7 no. 468 dari Abu Hurairah radliyallahu `anhu).

Al-Imam Ibnu Abdil Bar rahimahullah menjelaskan dalam At-Tamhid jilid 7 halaman 471 sebagai berikut: “Maknanya, wallahu a’lam, bahwa puasa itu tidaklah tampak dari amalan anak Adam dalam bentuk perkataan dan perbuatan. Hanyalah sesungguhnya ia dinamakan puasa karena niatan yang ada di lipatan hati pelakunya yang tidak diketahui kecuali oleh Allah. Dan bukanlah puasa itu dari amalan yang nampak sehingga bisa dicatat sebagai amalan shalih oleh Malaikat pemelihara catatan amal, sebagaimana biasanya amalan dzikir, shalat, shadaqah dan segenap amalan-amalan yang lainnya. Karena yang dinamakan puasa itu menurut Syari’ah Islamiyah tidaklah hanya dalam bentuk amalan menahan makan dan minum (dan juga menahan syahwat kepada istri –pent). Karena setiap orang yang menahan diri dari makan dan minum, apabila tidak berniat dengan amalan itu untuk wajah Allah, dan tidak pula berkeinginan dalam menjalankan kewajiban puasa itu atau amalan sunnahnya itu untuk Allah, maka tidaklah orang yang mempunyai amalan demikian ini dinamakan beribadah puasa dalam pandangan Syari’ah-Nya. Oleh karena inilah kami telah katakan di atas, bahwa amalan ibadah puasa itu tidak bisa dideteksi secara lengkap oleh Malaikat pencatat amalan dan tidak dicatat oleh mereka, akan tetapi Allah sendiri yang tahu tentangnya dan Dia sendiri yang akan mengganjarnya dengan melipatgandakan pahala bagi hamba-Nya itu sekehendak-Nya.”

Di samping puasa itu merupakan amalan penghapus dosa dan melipatgandakan pahala pelakunya dengan tak terhingga melebihi lipatan ganjaran amalan shalih lainnya, juga puasa adalah tameng bagi kaum Mukminin. Hal ini telah diberitakan oleh Rasulullah shallallahu `alaihi wa alihi wasallam dalam sabda beliau berikut ini:

“Puasa itu adalah tameng, maka janganlah orang yang berpuasa itu berkata dengan perkataan yang keji dan jangan pula berbuat dengan perbuatan orang bodoh. Dan bila ada orang yang mengajak berkelahi dengannya atau mencaci-makinya, maka hendaknya dia mengatakan: aku sedang berpuasa, aku sedang berpuasa.” (HR. Bukhari dalam Shahihnya lihat Fathul Bari juz 4 hal. 103 hadits ke 1894 dari Abi Hurairah radliyallahu `anhu).

Al-Hafidh Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah menerangkan hadits ini dengan menukil berbagai riwayat. Maka dari keterangan beliau itu dapat disimpulkan berikut ini:

Puasa itu adalah tameng yang membentengi pelakunya dari bahaya api neraka. Juga ia adalah tameng dari berbagai godaan amalan maksiat, karena puasa itu semakin memperlemah hawa nafsu. Sedangkan perbuatan maksiat yang dilakukan oleh orang yang berpuasa itu akan menggerogoti fungsi puasanya sebagai tameng baginya dari api neraka. Kemudian Ibnu Hajar Al-Asqalani menambahkan: “Kesimpulannya ialah, bila orang yang berpuasa itu mampu menahan dirinya dari berbagai godaan syahwat di dunia, maka dia dengan amalan itu akan menjadi dinding baginya dari api neraka di akhirat.”

Bulan Ramadhan juga adalah bulan yang sangat diutamakan padanya membaca Al-Qur’an. Hal ini telah dicontohkan oleh Rasulullah shallallahu `alaihi wa alihi wasallam sebagaimana diberitakan oleh Al-Imam Muhammad bin Ismail Al-Bukhari rahimahullah dalam Shahihnya sebagai berikut. Ibnu Abbas radliyallahu `anhu telah mengatakan: “Nabi shallallahu `alaihi wa alihi wasallam adalah orang yang paling senang berbuat kebaikan, dan beliau biasanya di bulan Ramadhan lebih senang lagi dalam berbuat kebaikan, dimana di bulan ini Malaikat Jibril menjumpainya. Jibril `alaihis salam selalu menjumpainya setiap malam selama bulan Ramadhan sampai berakhirnya bulan itu, maka Rasulullah shallallahu `alaihi wa alihi wasallam dalam kesempatan setiap malam itu memperdengarkan bacaan Al-Qur’an beliau kepada Jibril (untuk dikoreksinya). Dan apabila Jibril menjumpainya, beliau sangat bersemangat beramal shalih sampai seakan cepatnya perjalanan angin yang berhembus.” (HR. Bukhari dalam Shahihnya hadits no. 1902 dan Muslim dalam Shahihnya hadits no. 2308).

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah menerangkan apa yang bisa diambil pelajaran dari hadits ini: “Di dalam hadits ini ada beberapa kegunaan, sebagiannya adalah keterangan tentang besarnya semangat Nabi shallallahu `alaihi wa alihi wasallam dalam berbuat kebaikan. Juga pelajaran yang berguna dari hadits ini adalah disunnahkannya memperbanyak berbuat baik di bulan Ramadhan. Kemudian juga bahwa bertambahnya semangat berbuat baik itu akan tumbuh kalau berjumpa orang-orang shalih dan beberapa saat setelah perjumpaan itu karena terpengaruh dengan perjumpaan itu. Dan pelajaran lain yang bisa ditarik adalah disunnahkan untuk saling membacakan Al-Qur’an di bulan Ramadhan itu.”.

KEUTAMAAN LAILATUL QADAR

Di samping berbagai keutamaan yang disebutkan di atas, ada pula keutamaan yang paling istimewa bagi kaum Mukminin di bulan Ramadhan. Yaitu satu malam yang penuh kemuliaan bahkan merupakan puncak kemuliaan bulan Ramadhan dan puncak kemuliaan segala hari di sepanjang tahun. Malam tersebut dinamakan Lailatul Qadar. Allah Ta`ala berfirman tentang Lailatul Qadar:

“Sesungguhnya Kami turunkan Al-Qur’an ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu, apa itu Lailatul Qadar. Lailatul Qadar itu nilainya lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu para Malaikat Allah turun berduyun-duyun didampingi ruh yang mulia dengan izin Tuhan mereka untuk mengerjakan berbagai urusan. Malam itu sejahtera sampai terbitnya fajar.” (Al-Qadar: 1 – 5).

Malam Lailatul Qadar ini dinamakan juga oleh Allah Ta`ala sebagai malam yang diberkahi oleh-Nya. Hal ini sebagaimana diberitakan oleh Allah dalam firman-Nya:

“Sesungguhnya Kami turunkan Al-Qur’an itu di malam yang diberkahi.” (Ad-Dukhan: 3)

Dan Lailatul Qadar itu yang telah dipastikan bahwa padanya diturunkan Al-Qur’an, terjadinya telah dipastikan oleh Allah Ta`ala dalam bulan Ramadhan, sebagaimana firman-Nya:

“Bulan Ramadhan itu adalah bulan yang turun padanya Al-Qur’an.” (Al-Baqarah: 185)

Rasulullah shalallahu `alaihi wa alihi wa sallam bersabda:

“Barangsiapa menunaikan shalat malam di malam Lailatul Qadar, dengan iman (yakni yakin kepada berita tentang keutamaan malam itu) dan mengharapkan pahala dan keutamaannya dari sisi Allah, maka dia diampuni dosa-dosanya di masa lalu.” (HR. Bukhari dalam Shahihnya, lihat Fathul Bari juz 4 hal. 255 no hadits ke 2014 dari Abi Hurairah radliyallahu `anhu).

Adapun waktunya Lailatul Qadar telah diberitakan oleh Rasulullah shallallahu `alaihi wa alihi wasallam:

“Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari dalam Shahihnya, lihat Fathul Bari juz 4 hal. 259 hadits no. 2020 dari A’isyah radliyallahu `anha).

Demi meraih keutamaan yang Allah sediakan bagi kaum Mukminin pada Lailatul Qadar, Rasulullah shallallahu `alaihi wa alihi wasallam memberikan contoh teladan bagi ummatnya. Hal ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Shahihnya hadits ke 2024 dari Aisyah radliyallahu `anha: “Biasanya Rasulullah shallallahu `alaihi wa alihi wasallam bila memasuki sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan, beliau mengencangkan ikatan sarung beliau (yakni menjauhi istri-istrinya dari bermesraan karena sibuk dengan ibadah di hari-hari itu) dan menghidupkan waktu malamnya (yakni tidak tidur semalam suntuk untuk sibuk dengan aktifitas ibadah dan dzikir), dan beliau juga membangunkan istri-istri beliau.”

Demikian Rasulullah shallallahu `alaihi wa alihi wasallam memberikan contoh bagaimana kegigihan perjuangan mencapai keutamaan Lailatul Qadar. Para Shahabat radliyallahu `anhum menceritakan beberapa peristiwa Lailatul Qadar yang terjadi di jaman Rasulullah shallallahu `alaihi wa alihi wasallam masih hidup. Al-Imam Al-Bukhari dalam Shahihnya (hadits ke 2016) meriwayatkan beberapa peristiwa tersebut sebagai berikut:

“Abu Sa’ied radliyallahu `anhu menceritakan: Pernah kami beri’tikaf bersama Nabi shallallahu `alaihi wa alihi wasallam pada mulanya sepuluh hari pertengahan bulan Ramadhan (yakni tgl. 11 s/d 20 Ramadhan). Maka beliau keluar dari masjid pada tanggal 20 Ramadhan pagi. Setelah itu beliau berkhutbah di hadapan kami, dan beliau menyatakan: “Sesungguhnya telah diperlihatkan kepadaku kapan Lailatul Qadar itu terjadi, kemudian aku dijadikan lupa tentang berita itu. Oleh karena itu, upayakanlah untuk bertemu dengannya pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan pada malam-malam tanggal ganjilnya. Dan sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku, bahwa tanda malam Lailatul Qadar itu adalah aku sujud di air dan tanah (yakni di lumpur). Maka barangsiapa ingin beri’tikaf bersama Rasulullah shallallahu `alaihi wa alihi wasallam, maka hendaklah ia kembali ke masjid.” Kamipun kembali masuk masjid dan waktu itu kami tidak melihat sedikit pun awan di langit. Ketika malamnya, datanglah awan tebal dan hujan pun turun sehingga curahan air hujan mengalir dari atap masjid, sedangkan atap masjid waktu itu dari anyaman daun pohon korma. Shalatpun ditunaikan di masjid waktu itu dan aku melihat Rasulullah shallallahu `alaihi wa alihi wasallam sujud di air dan tanah, sehingga aku melihat bekas lumpur itu di dahi beliau.” Dalam riwayat Muslim hadits ke 1167, Abu Sa’ied Al-Khudri menceritakan: “Hujan turun kepada kami pada malam ke dua puluh satu Ramadhan, sehingga airpun bercucuran dari sela-sela atap masjid membasahi tempat Rasulullah biasa shalat padanya. Maka aku melihat beliau ketika selesai menunaikan shalat shubuh berjama’ah dengan kami, wajah beliau berlumuran dengan lumpur.”

Demikian riwayat Al-Bukhari dan Muslim dalam Shahih keduanya, sehingga kita dapat menyimpulkan dari riwayat ini bahwa Lailatul Qadar itu pernah terjadi di jaman Rasulillah shallallahu `alaihi wa alihi wasallam pada malam tanggal 21 Ramadhan. Dan tandanya ialah turun hujan pada malam harinya sehingga masjid Nabawi becek dengan air hujan dan waktu itu masjid berlantaikan tanah pasir. Sehingga Rasulullah shallallahu `alaihi wa alihi wasallam dan para Shahabatnya menunaikan shalat subuh dengan bersujud di atas lumpur.

Kemudian di tahun yang lainnya diriwayatkan pula oleh Shahabat Nabi yang bernama Abdullah bin Unais, bahwa Lailatul Qadar terjadi pada malam 23 Ramadhan. Hal ini sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Shahihnya hadits nomor 1168 sebagai berikut:

“Abdullah bin Unais radliyallahu `anhu menceritakan bahwa Rasulullah shallallahu `alaihi wa alihi wasallam telah bersabda: “Telah ditunjukkan kepadaku kapan terjadinya Lailatul Qadar kemudian aku dijadikan lupa tentang berita itu. Dan telah ditunjukkan kepadaku tandanya itu ialah di waktu shalat subuhnya aku sujud di air dan tanah”. Maka turunlah hujan pada kami pada malam dua puluh tiga bulan Ramadhan. Sehingga kami melihat Rasulullah shalallahu `alaihi wa alihi wa sallam di saat usai menunaikan shalat subuh bersama kami, dahi dan hidung beliau berlumuran lumpur.” Imam Muslim melengkapi riwayat ini dengan penegasan Buser bin Sa’ied yang meriwayatkan hadits ini dari Abdullah bin Unais. Buser menegaskan: “Dan memang Abdullah bin Unais menyatakan bahwa peristiwa itu pada malam dua puluh tiga.” Demikian Imam Muslim meriwayatkan.

Juga telah diriwayatkan bahwa pernah terjadi di tahun yang lainnya di jaman Rasulullah shallallahu `alaihi wa alihi wasallam masih hidup, peristiwa Lailatul Qadar pada malam dua puluh empat Ramadhan. Riwayat tersebut telah diterangkan oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah dalam Fathul Bari jilid 4 halaman 262 dalam menerangkan hadits Shahih Al-Bukhari nomor 2022. Beliau menerangkan: “Dan telah diriwayatkan oleh Ahmad dari riwayat Simak bin Harb dari Ikrimah dari Ibnu Abbas, bahwa beliau menceritakan: Aku didatangi seseorang dalam tidurku (yakni bermimpi –pent), maka dikatakan kepadaku dalam mimpiku itu: “Malam ini adalah Lailatul Qadar.” Maka akupun terbangun dari tidurku. Aku masih merasa mengantuk sehingga akupun berpegangan pada sebagian telapak kaki Rasulullah yang saat itu sedang dalam keadaan shalat. Aku berusaha melihat malam itu, dan ternyata malam itu adalah malam ke dua puluh empat dari Ramadhan.” Dalam riwayat Al-Bukhari dalam Shahihnya dari sanad Abdul Wahhab dari Ayyub dari Khalid dari Ikrimah dari Ibnu Abbas, bahwa beliau menyatakan: “Carilah Lailatul Qadar itu pada malam dua puluh empat.”

Juga telah diberitakan oleh Imam Muslim dalam Shahihnya dari riwayat Zirru bin Hubaisy bahwa beliau menceritakan: “Aku pernah bertanya kepada Ubay bin Ka’ab, aku katakan kepadanya: “Sesungguhnya saudaramu yaitu Ibnu Mas’ud telah berkata: Barangsiapa yang melakukan qiyamul lail sepanjang tahun, dia akan berjumpa dengan Lailatul Qadar.”

Menanggapi berita dari Ibnu Mas’ud tersebut, Ubai bin Ka’ab berkata: “Semoga Allah merahmatinya. Yang dimaksud oleh beliau adalah agar orang jangan menjagakan hari tertentu dan mengabaikan hari yang lainnya. Adapun sesungguhnya dia telah mengetahui bahwa malam yang mulia itu terjadi di bulan Ramadhan. Dan juga dia telah tahu bahwa malam itu terdapat di sepuluh malam terakhir, yaitu malam ke dua puluh tujuh.”

Kemudian Ubai bin Ka’ab bersumpah dengan tanpa pengecualian, bahwa malam yang mulia itu terjadi di malam ke dua puluh tujuh. Maka aku pun bertanya kepada beliau: “Dengan dasar apa engkau katakan demikian itu wahai Aba Mundzir?”

Beliau menjawab: “Dengan tanda-tanda yang telah diberitakan kepada kami oleh Rasulullah shalallahu `alaihi wa alihi wa sallam, yaitu mata hari pada keesokan harinya terbit dengan tidak memancarkan sinar yang kuat.”

Imam Muslim juga meriwayatkan dalam Shahihnya dari Abi Hurairah radliyallahu `anhu: Kami pernah membincangkan Lailatul Qadar di hadapan Rasulullah shallallahu `alaihi wa alihi wasallam, maka beliau bersabda: “Siapakah dari kalian yang ingat suatu malam di bulan Ramadhan di mana bulan nampak seperti separuh nampan yang bulat?” Dalam menjelaskan hadits ini, Al-Imam An-Nawawi rahimahullah menerangkan: Al-Qadhi berkata: “Di dalam hadits ini ada isyarat bahwa Lailatul Qadar itu terjadi di hari-hari terakhir bulan Ramadhan. Karena bulan tidaklah tampak separuh kecuali di hari-hari terakhir. Wallahu a`lam.”

Demikianlah berbagai peristiwa Lailatul Qadar yang terjadi di jaman Rasulullah shallallahu `alaihi wa alihi wasallam. Datangnya malam yang mulia itu berpindah-pindah dari tahun ke tahun di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Dan datangnya malam yang mulia itu dengan tanda-tanda yang telah diberitakan oleh Rasulullah shallallahu `alaihi wa alihi wasallam. Di antara tanda-tandanya ialah: langit terang tidak berawan dan kemudian menjelang subuh turun hujan, bulan tampak separuh bulatan dan mata hari keesokan harinya terbit dengan sinar yang lemah. Barangsiapa menemui tanda-tanda tersebut di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, maka bangunlah dari tidur dan bangunkan pula anggota keluarganya untuk menunaikan shalat malam, doa dan mohon ampunan kepada Allah serta berdzikir dan membaca Al-Qur’an sampai terbitnya fajar. Dituntunkan oleh Rasulullah shallallahu `alaihi wa alihi wasallam bagi mereka yang menemui malam yang mulia ini untuk banyak-banyak mengucapkan kalimat: “Allahumma innaka `afuwwun tuhibbul afwa fa’fu `anna (Ya Allah Engkau Maha Pemaaf, Engkau senang memaafkan hamba-Mu, maka maafkanlah kami Ya Allah).” Demikian At-Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunannya dari A’isyah radliyallahu `anha.

PENUTUP

Demikianlah keistimewaan Ramadhan yang kiranya tergambar bagi pembaca yang budiman dalam tulisan ini. Agar menjadi pendorong semangat menyambut bulan yang mulia ini dengan berbagai amalan taat dan ibadah yang diikhlaskan untuk Allah semata dan dengan tuntunan Rasulullah shallallahu `alaihi wa alihi wasallam. Semoga Allah menjadikan kita semua sebagai orang yang sukses dan bahagia dunia dan akherat. Amin ya mujibas sa’ilin. Selamat jumpa di medan juang meraih keutamaan Ramadhan.

August 06, 2009

ciri ciri suami idaman setiap wanita

8 cara menjadi suami yang terhebat

Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi.

Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.

1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.

p/s : untuk intan, bolehla carik calon suami yang cam gini tau... hehehehe...

August 05, 2009

perihal melayu....

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan , dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram , rempit tak berlampu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu pun nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu
Asal bergaye sanggup makan nasi dan tokyu

Boleh tak jumpa Melayu di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada jugak tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa Melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan bengkok atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu!!!!

nisfu syaaban

Untuk makluman semua.... Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari
Rabu malam Khamis ( sebaik saja masuk maghrib), 5hb August, 2009
(selepas magrib pada hari 14 Sya'aban 1430H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk
menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan
seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita
selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan
yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula
sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb
sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam =
5 August 2009)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah &
surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam =
5 August 2009)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat
kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat
kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di
dalam iman & pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban
sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya
Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan
tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah
Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada
malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit
dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan
permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya,
adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua
orang mukmin
lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang
yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban
kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya
kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN
INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2
SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI
IAITU PADA KHAMIS
6 AUGUST 2009 INI KERANA KITA TIDAK TAHU
SAMADA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK TAHUN HADAPAN...INSYALLAH