June 30, 2009

penangan transformer

salam. hari jumaat hari tu aku singgah TGV kat jusco tebrau. mak aiiii orang punya la ramai. yang tengah tunggu nak masuk pawagam pun ramai, yang nak beli tiket pun ramai. dan tak pasal pasal ngan aku sekali terbabit beratur pasal nak tengok transformer punya pasal.
tunggu nak dekat 1/2 jam jugak la baru sampai turn aku kat kaunter tiket. aku tanya dengan budak yang jaga tiket tu tiket untuk tayangan malam sabtu ada tak, dia kat sorry bang dah sold out. aku tanya lagi hari ahad adak tak? dia cakap hari ahad ada tapi tinggal row depan je. aku cakap ngan wife aku malas la nak tengok depan depan. mau mendongak aku nengok citer tu.
at last aku beli untuk hari isnin punya pasal hari isnin tu aku dapat seat yang paling atas sekali. ok aku terus beli untuk tiga orang. dah dapat tiket nak balik kena beratur lagi. aduhhh .... penat beratur je la. yang ni beratur pasal nak bayar parking. dulu kat jusco boleh bayar kat information kaunter sekarang tidak lagi pasal dia dah pacakkan autopay kat luar. so nak tak nak kena la beratur. at last dapat jugak balik. adios..

beratur masa nak bayar parking.

beratur masa nak beli tiket transformer





nengok wayang

salam. semalam nengok citer transformer revenge of the fallen bersama anak ngan wife aku kat jusco tebrau. pergghhhh... citer dia memang best tahap gaban la aku cakap. ini la first time aku nengok wayang semenjak aku ada anak. nak dekat 3 tahun setengah tak pegi wayang. maklum la... dah ada anak ni sudah sikit nak bergerak. ni anak aku dah besar sikit dah boleh dah nengok wayang.
boleh dikatakan full house jugak la semalam. ramai jugak aku nengok yang masing masing bawak anak diorang nengok citer transformer ni. anak aku ni 10 minit pertama ok je duduk diam nengok citer. pastu sibuk nak berdiri la, nak duduk atas riba aku la. nasib baik dia takde kata nak buang air. puas hati jugak dapat anak bini aku gi tengok wayang ni. dah lama tak nengok wayang beb.

anak aku sedang menyedut air milo yang berharga rm.2.50. wife aku tengah pegang popcorn berharga rm6.00. huhuhuhu...

anak aku bergambar bersama ngan poster transformer


June 26, 2009

perihal masjid

salam. tadi aku pegi sembahyang jumaat. hari ini aku ada sedikit kemusykilan tentang khutbah yang telah disampaikan oleh imam masjid. buat pengetahuan semua pejabat agama negeri ada menubuhkan satu tabung iaitu tabung amanah wakaf untuk semua rakyat johor mewakafkan sedikit harta untuk hari akhirat nanti.
aku tak nafikan bahawa semua umat islam digalakkan supaya mewakafkan sedikit harta untuk hari akhirat. itu aku tak nafikan. tetapi aku pelik bila imam itu mengatakan dalam tempoh 5 tahun ini kerajaan negeri bercadang untuk membina atau membaik pulih 140 buah masjid di sekitar johor. kos untuk membina masjid atau baik pulih masjid melibatkan peruntukan sebanyak 1 juta ringgit bagi setiap masjid.
so, secara ilmiahnya kerajaan negeri memerlukan sebanyak rm140 juta ringgit untuk tujuan tersebut. aku tak nafikan seruan kerajaan negeri supaya seluruh rakyat johor mewakafkan sedikit harta untuk tujuan tersebut. yang menjadi persoalan aku bukankah membina masjid atau baik pulih masjid ini menjadi tanggungjawab pihak yang berkenaan. mengapa perlu timbul persoalan hingga hendak menubuhkan tabung saham wakaf ini untuk tujuan tersebut? adakah kerana kalau tabung saham wakaf ini tidak mempunyai duit sebanyak rm140 juta tersebut, semua masjid tak dapat dibina atau dibaik pulih? mengapa tabung ini perlu diwujudkan?
aku rasa kerajaan negeri patut secara automatik mengeluarkan duit sebanyak rm100 juta contohnya sebagai permulaan bagi mengisi tabung tersebut. so dengan secara automatiknya orang ramai akan beranggapan bahawa kerajaan johor secara serius akan membina atau membaik pulih masjid masjid disekitar negeri johor. bagaimana jika dalam masa 5 tahun ini saham wakaf tersebut tidak dapat mencapai target sebanyak rm 140 juta tersebut? adakah kerana itu ada masjid dinafikan haknya untuk mendapat bantuan baik pulih atau bina semula masjid jika ada keperluan tersebut?
aku sekadar berkongsi pendapat dengan kawan kawan mengenai pendapat aku tentang perkara ini. cuma apa yang aku tekankan menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk baik pulih atau membina semula masjid. cuma saham wakaf itu menjadi advantage yang boleh digunakan oleh kerajaan negeri.
masjid nabawi... masjid kebanggaan umat islam.

June 23, 2009

durian time...

salam. semalam berlangsung acara makan durian kat depan opis aku. durian tu aku beli kat muar. maklum la... sekarang muarkan musim durian. kebetulan aku ada pergi site kat muar, so aku singgah la kat muar untuk beli durian buat budak budak opis. ada dekat 30 biji aku beli. berapa hinggit korang semua tak yah tau. peergh.. dia punya rasa nangkap kepala hotak beb. pas makan durian main pulak badminton, mak aihhh.. terasa lembab je main sebab aku dah bedal dekat tiga bijik durian. kentut pun dah bau durian dah. so pada sesiapa yang terasa nak makan durian, inilah masanya sebab johor sekarang tengah mengila dengan durian.. adios..

aku sedang memilih durian untuk dimakan

antara budak budak opis yang sedang membaham durian dengan rakus sekali..

abang zul... tukang kopek durian...

June 20, 2009

just for fun

salam. perbezaan antara batman laki ngan batman pompuan. hamjadah betul....

June 19, 2009

cerita tentang kartun

salam. hari ni aku nak bercerita sedikit tentang kartun. anak anak sekarang beruntung, kat tv bermacam macam siaran kartun ada. ada kartun dari pelbagai negara dan yang paling budak budak minat kartun daripada negeri matahari terbit iaitu jepun.
aku pun tak paham kenapa la negara jepun tu boleh mengeluarkan begitu banyak siri atau cerita kartun. antara yang menjadi kegilaan masa aku kecik dulu adalah kartun space cop gaban. pergh... dia punya kalau sekarang aku tengok musti tak masuk akal. tapi memandangkan aku masa tu kecik secara automatik dalam kepala hotak aku dah besar nanti nak jadi macam space cop gaban jugak.
kalau sekarang ni macam macam kartun dari jepun antaranya doremon, kiteretsu, detective conan, ultraman dan dalam banyak banyak kartun jepun yang aku suka sekarang ialah hagemaru. aku pun tak tau, kalau anak aku nengok hagemaru dengan aku aku sekali dok layan. budak hagemaru ni punya la nakal, habis kat sekolah dia kenakan cikgu ngan kawan kawan dia. antara kawan yang selalu dia kenakan ialah kondo. asyik kena je.
hagemaru ni pulak syok kat satu budak nama dia midori. nama cikgu hagemaru pulak cikgu sakura. si cikgu ni pun selalu kena ngan hagemaru. tapi si kondo ni anak orang kaya. apa yang kondo ada mesti si hagemaru ni nak jugak. tapi yang bestnya mak si hagemaru ni punya la kedekut nak mampus, ada je idea nak kenakan hagemaru. nama bapak hagemaru ialah hageda. nama anjing hagemaru, pesu. anjing ni pun selalu kena ngan hagemaru. pendek kata semua la kena ngan si hagemaru ni.
watak lain dalam kartun ni ialah kak busu ngan atuk tonarida. dioarang ni pun lawak jugak. time kalau layan kartun hagemaru ni aku mesti tunggu ada satu episod ''perangai pelik 10 terbaik". macam macam perangai pelik yang si hagemaru ni buat. kalau korang ada masa boleh la korang tengok kartun ni kat astro channel 611. syok ooooooo

June 16, 2009

main badminton

salam. dah lama jugak aku ngan budak budak opis aku tak bersukan. maklumlah dengan keadaan kerja dan masa yang tidak mengizinkan kadang kadang tak sempat memperuntukkan masa untuk beriadah. so bulan ni setiap hari isnin dan selasa aku ngan budak budak opis akan main badminton kat dewan dekat opis aku je.
perggh, punya la penat. habis baju aku basah dengan lelehan peluh jantan yang keluar dari badan aku yang gebu ni. ok jugak la dapat bersukan, at least aku ada aktiviti yang sihat. tapi lepas balik rumah satu badan aku letih dari kepala sampai la ke kaki. aku ingat badan aku mesti terkejut beruk punya sebab dah lama sangat dah tak bersukan. aku rasa lepas ni aku nak mempelbagaikan aktiviti untuk budak budak opis supaya bersukan pasal budak budak opis kat tempat aku ni semua sihat sihat belaka. akhir sekali majulah sukan untuk negara. adios

aku beregu ngan ajib

gaya seorang jaguh...

June 15, 2009

berhenti merokok?

salam. mari kita berkata tentang rokok. merokok ni memang tidak bagus untuk kesihatan. tapi aku pelik mengapa masih ramai orang yang merokok masih merokok walaupun diorang tau yang merokok itu membahayakan kesihatan.
kalau bab rokok ni kalau kita bertanya kepada orang yang memang tak hisap rokok memang dioarang akan mengatakan merokok ini satu pembaziran. tetapi kalau kita bertanya kepada orang yang merokok mereka masing masing ada hujah yang tersendiri.
seperti perokok perokok yang lain, aku juga seorang perokok. nak kata aku ni perokok tegar mungkin jugak sebab satu hari aku anggarkan yang aku akan menghisap lebih kurang 15 -20 batang rokok. ada jugak hajat kat hati nak berhenti merokok tetapi keazaman yang terbit kat hati ni kejap je.
kepada penghisap rokok, rokok ni biasanya kita hisap selepas makan, berborak borak ngan kawan kawan dan yang paling penting ketika kita sedang melakukan kerja. contohnya seperti aku kalau aku kena turun site untuk inspection memang berbatang batang rokok yang aku hisap. aku pun tak tau kenapa kalau kerja aku akan menghisap rokok dengan rakus sekali. lagi satu kalau ada rewang kerja kahwin ke, gotong royong ke confirm, mulut aku ni dah macam serombong kapal dah.
keluarga aku juga ada menasihatkan aku tentang rokok ni tapi aku ambil endah tak endah je. nak berhenti tu susah bebeno. kerajaan ada letak macam macam gambar kat kotak rokok tu tapi bagi penghisap rokok tegar melihat gambar tu relax je. macam nampak tak nampak je gambar tu. tak tau la sampai bila aku nak hisap rokok ni. nanti aku akan fikir fikirkan. so pada perokok perokok semua tepuk dada tanya selera. adios....

dunhill... antara rokok pilihan kaki kaki rokok...