March 30, 2009

jumpa teman lama

salam. hari sabtu hari tu aku dapat satu sms. aku nengok nombor telepon macam dari utara. aku tanya sapa ni? dia jawap azhar (at) dari penang.
rupa rupanya member lama masa kat IKM dulu iaitu azhar. dia turun jb sebab ada menghadiri satu majlis perkahwinan. member aku ni dok hotel seri malaysia kat larkin tu.
dalam pukul 11 malam aku gerak dari rumah jemput member aku ni ajak gi ngeteh. dah lama aku tak jumpa member aku ni. adalah dekat 13 tahun. maklumlah, sejak meninggalkan IKM aku tek pernah jumpa dia.
firstly masa aku jumpa dia aku tengok si at ni sama je.... tak berubah macam dulu. dulu masa kat IKM dia antara mat smart kat kelas aku. pakai kasut kalau tak kilat tak sah. malam tu pun dia pakai kasut sport (kilat jugak) hahahaha....
aku pun lepak kat satu kedai kat larkin. kami berborak sambil menikmati minuman. banyak jugak yang kami cerita tentang kisah kisah lama masa kat IKM dulu. aku rasa haapy sangat sebab member member IKM masih ingat kat aku. kami bercerita tentang kerja masing masing, tentang keluarga dan macam macam lagi.
si azhar ni kahwin ngan senior kitaorang iaitu tiha. anak dia pun dah dua orang. aku ada contact member aku yang sorang lagi iaitu arbain (nama manja bain) budak jb jugak dia ni. pun dah lama aku tak jumpa dia.
at last dia sampai ngan member kamcing dia. apa lagi apabila kitaorang pun berborak sampai dekat pukul 3 pagi. si bain ni aku tak tau kerja apa. macam macam kerja dia buat. last sekali yang aku tau dia jadi jurulatih PLKN sebab masa adik aku masuk PLKN jumpa dia kat kem PLKN di desaru.
sambil berborak sempat jugak telepon member aku sorang lagi iaitu aniza (nama manja kat IKM ialah pahang). ramai member aku kat IKM yang dah kahwin. yang dah kahwin pak chop, bote, ujang, azhar, alang, zie, aieda kawin ngan laloq (sama sama classmate), niesa, anyah... tu yang aku ingat dah kawin.
yang belum kawin bain ngan aniza. yang aku lost contact ... am, hasnah, fizanie, nasri. member aku sorang lagi jadi lecturer kat IKM iaitu sham. so pada kawan kawan seIKM ada masa nanti aku nak buat reunion. cuma masa menentukan bila. so kalau korang ada baca blog aku ni contact contactlah aku k.... adios.

gambar aku, bain ngan azhar (at)

nama dia azhar (at), budak penang (member aku paling smart masa kat IKM dulu)

ni nama dia arbian (anak buah kesayangan mat nor) hahaha....






No comments:

Post a Comment