March 06, 2009

beli komputer riba...

salam. hari selasa hari tu jalan jalan ngan wife & anak aku kat Jusco Tebrau. tengah ronda ronda tu singgah sekejap kat sen-q sambil tinjau tinjau komputer riba. kat sen-q tu ada brand acer, compaq, hp ngan dell...
aku try compare harga dia dengan spec masing masing, tak banyak bezanya. cuma dia punya hard disk ngan ram je main peranan. lain lebih kurang samer je. harga acer dekat 2500. dell dalam 2000. compaq 2100. hati aku dah tak keharuan dah... nafsu untuk memiliki computer riba melanda diriku ini...
aku tanya wife aku nak beli tak? dia dengan lirikan manja ala ala jelingan rozita che' wan (huhuhu).... nak beli belilah. daripada duit tu perabis kat benda benda yang tak berpaedah baik beli komputer riba kata wife aku.
aku pun dengan bangganya mengunakan kad yang telah diberikan oleh HSBC (credit cardlah tu) terus swipe (rabak jugak dekat 2300 campur duit pendaftaran ngan ntah apa lagi ntah) so sekarang aku bangga jugak kerana sudah memiliki komputer riba (intan bila lagi huhuhu)
pastu masuk bab nak pakai internet plak.. aku try tanya telekom kalau nak pasang fixed line kat umah diaorang cakap nak masuk line ngan kos pemasangan dekat rm400. sewa line bulanan 60 hinggit... aku dengar hangin je...
aku pikir pikir balik, baik aku pakai broadband... gadjet dia baru rm400 bulanan 68 hinggit... tapi yang bagusnya aku boleh bawak kehulu kehilir benda alah tu ke mana mana yang aku suka. so sekarang aku dah boleh mengekses internet hanya diatas katil mahupun didalam jamban. hahahaha...
oklah minggu ni ada FA cup fifth round lawan burnsley. aku dengar walcott ngan eduardu dah bleh main. hopefully leh menang sebab tinggal FA cup ngan Champions League je untuk the gunners capai musim ni.. komon the gunners.... you can do it...

1 comment:

  1. intan bile lagi?? hoho..pak lah dah bg saye laptop satu..tak pyh la saye nak bazir duet lagi membeli..kihkih..hak milik kerajaan, hak saye jugeee

    ReplyDelete