January 06, 2010

posting oh posting....

salam. dah lame bebenor aku tak update blog aku ni. takde idea nak tulis apa. kadang kadang dah taip panjang panjang tapi tak posting pun. tak tau kenapa. maklumlah... aku sibuk dengan kerja aku. bukan apa, aku rasa macam takde mood aku nak ngupdate blog aku ni. dulu masa baru buat blog... pehhh, boleh dikatakan hari hari aku ngupdate blog aku ni.
minggu ni anak aku dah masuk sekolah tadika dah. tu la, diam tak diam dah sekolah dah anak aku. rasanya macam baru je lagi anak aku dilahirkan .... tup tup dah sekolah. macam biasa la anak aku ni kalau bangun pagi punya la susah. kalau tak nangis tak sah. mandi konpom nak air panas punya. kalau zaman aku dulu kalau nak mandi air panas mampus kena debik dengan mak aku sebab mak aku cakap dulu pun dia mandi air sejuk. air perigi lagi tau.
tu la budak budak zaman sekarang, semua kemudahan dah ada depan mata. pentik je semua dapat. nak mainan aku belikan. kat rumah tu dah nak dekat dua bakul mainan dia. nak mc donald's aku belikan. pantang nampak iklan, semua yang kat iklan tu semua dia nak. tapi takpe sayang punya pasal semua aku turutkan je. tapi berpada pada jugak la apa yang aku turutkan. setakat yang mampu bolehlah aku belikan.
tapi kalau dah iklan kapal terbang suruh aku beli kapal terbang mau pengsan aku nak beli. nak bajak la, kereta nak ada spoiler.... takde spoiler tak nak. kereta flash and dash (siap kenal tau mana satu kereta flas and dash). ok la at last kalau aku free lagi teman hupdate k.... adios

No comments:

Post a Comment