January 10, 2010

oh wenger... dengarlah rintihan hatiku....

salam. semalam berlangsung perlawanan EPL yang menyaksikan team aku arsenal sekadar seri menentang everton yang berkesudahan 2-2. aku rasa begitu kecewa kerana team aku tidak bermain seperti kebiasaannya. seluruh masa perlawanan dikuasai oleh everton. cuma masa 20 minit terakhir baru arsenal main dengan lebih baik berbanding sebelumnya. eduardo dengan arshavin ntah apa apa ntah main. tapi aku rasa paling sengal eduardo la. aku ingat memang wenger memang kena beli penyerang sebab van persie dikhabar akan mengalami kecederaan hingga penghujung musim. bentdner pun tak tau bila boleh main. kebanyakkan game kebelakangan ini, gol disumbangkan oleh bahagian midfield je. bila fabregas tak main habis kucar kacir bahagian midfield ni. arsenal kena ambil kesempatan dengan team MU yang mengalami saat saat kesengalannya yang berada pada tahap yang agak kronik sekarang ini, cuba semalam menang, sudah pasti arsenal sudah berada dibelakang chealsea dengan baki satu mata serta ada balance satu game ditangan. so pada wenger dengarlah rintihan penyokongmu yang berada di malaysia ini. harap harap wenger dapat beli seorang penyerang. amik la sapa sapa pun as long boleh menjaringkan gol. tolong la... dengarlah rintihan hati ku ini...

p/s : harap harap wenger baca blog aku ni sambil memegang kamus BESTAR.. senang nak translate nanti...

sapa la aku nak beli ni... ???


No comments:

Post a Comment