salam. aku sekarang ni pakai celcom berukband kat umah sekarang. aku nengok iklan P1 Max tu macam best je. POTONG... POTONG... (aku suka muka budak yang main kompang tu...).
kebetulan semalam aku pegi bayar bil untuk opis aku. so, aku pun pegi la bayar kat TM centre taman ungku tun aminah. aku nengok nombol (bijai kalau cakap nombor memang sebut nombol) giliran aku lambat lagi, aku pun singgah kejap kat kedai P1 Max ni. kedai dia betul betul sebelah dengan kedai TMNet (macam dok menganjing je kat TM).
dalam kedai P1 Max tu ramai jugak orang. aku pun tak tau mana satu pekerja, mana satu pelanggan. pastu ada sorang budak cina, (gemuk gemuk cam bang sudin) tegur aku... "ya boss, mau pakai P1 Max ka?' dia tanya. aku jawap balik "tak... saya mau tanya dulu" aku jawap.
belum aku nak ajukan soalan dia tanya aku dulu.... "boss rumah area mana aaaaaaa??" tanya budak cina yang gemuk macam bang sudin ni..
aku cakap aku duduk area tiram. dia tanya aku lagi tiram mana area? aku tanya balik la, kenapa? itu P1 Max takde coverage ke kat tiram. terus budak cina gemuk cam bang sudin tu cakap..... "oooooo itu P1 Max aaaaaa dia ada cover sampai pelangi indah sahaja"... aku cakap balik "ooooo, sampai pelangi indah je..." aku nengok budak cina gemuk cam bang sudin tu pun dah macam malas nak layan aku. aku pun cakap terima kasih terus belah tunggu giliran nak bayar bil.
moral of the story : nengok iklan tepi highway, dalam surat khabar dan dalam media massa macam best je... rupa rupanya P1 Max ni haram jadah dia punya coverage tak meluas lagi. pas tu promote macam haram... baik pakai celcom berukband dari guna P1 Max ni.... potong? potong?... lanchauuuuu
November 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment