November 05, 2009

meeting di terengganu polo club

salam. beberapa hari lepas aku ada pegi kuala terengganu dengan bos aku kerana ada meeting bersama sama dengan orang orang dari JKR Terengganu. adik sultan terengganu pun ada datang iaitu Tengku Badrul.
tengku badrul (adik kepada sultan mizan zainal abidin)

ini la first time aku meeting bersama sama dengan orang orang kenamaan. selama ni pergi meeting dengan ikan ikan bilis je. sekali ni meeting dengan kerabat diraja gugup jugak. mana la tau diaorang tanya ntah apa apa nanti.
aku bertolak dari JB dalam pukul 5:00 petang. bos aku suruh ikut segamat je pasal macam lebih dekat berbanding ikut mersing. dengan berbekalkan kereta mercedes bos aku, aku pun drive menuju ke kuala terengganu. cuaca pulak agak lembab sebab sepanjang perjalanan hujan turun.
sepmat la jugak berhenti makan kat paka sebab on the way tu aku dah makan macam macam makanan ringan. asam, kerepok mister potato, gula gula.... air takyah cakap ntah berapa botol aku minum. tu yang asyik berhenti buang air kecil je.
akhirnya sampai jugak ke Terengganu Equatrian Resort (TER) tepat pukul 1:00 pagi. terus check in pasal nak jalan pun nak buat mende... hujan dan hari pun dah larut malam.
besoknya pagi pagi dah bangun sebab nak pekena nasi dagang yang menjadi kebanggan rakyat terengganu tu. kat johor bukan takde jual tapi dah alang alang sampai terengganu ni, rasanya lebih enak makan nasi dagang pasal bos aku cakap setakat nasi lemak dengan roti canai kat johor pun belambak.
laman polo (tempat ngeteh kaki kaki polo sebelum main polo) teringat aku lounge mak minah dalam citer masam masam manis tu....
lepas sarapan bos aku ajak pegi pasar kedai payang cari apa apa untuk dibeli untuk buah tangan pada orang johor. sampai kedai payang pun kedai tak banyak bukak lagi sebab masih awal lagi sebab baru pukul 9:00 pagi. dapat la jugak aku belikan baju batik untuk anak aku (wife aku takde sebab budget ciput)
lepas berjalan lebih kurang pegi pulak opis kontraktor pasal nak downloadkan drawing untuk presentation nanti. sempat jugak bos aku singgah beli baju batik. aku nengok je la pasal takde planning pun nak beli baju batik.
lepas berbincang lebih kurang kitaorang pun menuju balik ke TER sebab nak setup equipment untuk presentation nanti. lepas setup aku balik ke hotel untuk bersiap untuk meeting petang nanti. sempat jugak la sembahyang kat masjid terapung sebelum balik ke hotel sebab masjid ni betul betul sebelah dengan hotel aku.
padang polo yang di upgradekan

tempat kuda warm up

meeting dijangka akan bermula pukul 2:00 petang tapi Tengku Badrul sampai dalam pukul 3:30 petang. penat nunggu sampai perut aku lapar gila sebab tak ambik lunch. tapi aku suspek betul la sebab first first Tengku Badrul tu mintak maaf pasal lambat sebab ada perkara yang tak dapat dielakkan. nasib baik presentation tu pihak kontraktor yang buat presentation... selamat aku. kalau tak mau berbuih mulut aku nak bagi presentation.
presentation habis dalam pukul 5:00 petang. nasib baik diorang ada sediakan makanan. apa lagi aku dengan rakusnya makan sebab perut aku dah lapar gila dah. dah la tu duduk dalam air cond lagi. lagi la aku cepat lapar.
ada sandwich, karipap... hidangan wajib, kuih lapis dengan tart telur... mabeles

keropok lekor ngan hot dog

nasi gorang ngan chicken wing

meja hidangan .. ini pun nak tunjuk ke???

lebih kurang pukul 6:30 petang bertolak balik dan sampai JB dalam pukul 2:00 pagi. terus amik kereta aku kat rumah member aku terus balik rumah. harap harap dapat pegi lagi kuala terangganu ni... adios

tengku badrul punyer hummer... i like to own it...

No comments:

Post a Comment