November 23, 2009

kursus pengurusan jenazah di surau Az Zakirin

salam. alhamdullilah, pagi ahad hari tu aku selamat menjalani kursus pengurusan jenazah. berbaloi jugak pegi sebab selama ni aku tak tau pun macam mana nak cara nak menguruskan jenazah dengan betul. cuma kalau ada kematian aku cuma menghadirinya sahaja tanpa menghulurkan apa apa pertolongan (cuma kadang kadang aku disuruh membantu mengangkat jenazah sahaja).
kursus ni bermula pada pukul 9:00 pagi dah berakhir kira kira pukul 12:30 pagi. banyak jugak ilmu yang aku dapat. ustaz dari pejabat agama tu bercerita daripada adab adab melawat orang sakit, orang yang sedang sakit nazak, orang baru meninggal dan pengurusan jenazah dari mula hingga la akhir. yang bagusnya lagi dia ustaz ni siap ada buat latihan secara praktikal macam mana nak mandikan jenazah dan mengkafankan jenazah.
pada mula mulanya masing masing tak nak jadi model, last last pak bilal yang kena jadi model. dengan menjalani kursus ni ada la sedikit pengetahuan aku tentang cara pengurusan jenazah ni.

sebelum kursus kena daftar dulu...

kursus dijalankan di bangunan tambahan yang baru siap dibina

pada kaum kaum bapa, sebelum kursus pekena rokok dulu... baru mabeles...

penceramah dari pejabat agama negeri johor

pak bilal (model paksa jadi jenazah...)

tengah diberi tunjuk ajar tentang cara mengkafankan jenazah

ustaz sedang memberikan penerangan

pak bilal tengah dikafankan

pak bilal dalam proses akhir dikafankan

pak bilal berjaya dikafankan....

No comments:

Post a Comment