salam. hari kedua nak ke putrajaya. aku dengan bangganya bangun seawal 4:00 pagi untuk mandi sambil gosok gigi. aduh, mata ni rasa berat je nak bukak tapi memandangkan ada kerja kat putrajaya aku gagahkan jugak.
sampai kat opis pukul 5:00. member aku emi tak sampai lagi. aku tepon dia kata terlajak tidur. maklum la semalam pun kitaorang gi putrajaya jugak. bos sampai opis untuk amik kitaorang dalam pukul 5:30 pagi dan lepas tu terus gerak masuk highway.
so macam biasa kitaorang pun singgah kat machap untuk semayang subuh. pastu kitaorang gi sarapan. macam biasa kitaorang akan makan capati bersama kambing. pehhh dia punya rasa macam semalam punya kambing je. (ntah ntah yang semalam diaorang panaskan je kot). lepas makan je bos hulur kunci kereta kat aku. alamak kena bawak kereta plak. dah terbayang dah selepas kekeyangan makan sarapan nak tidur. tak dapa beb. apa lagi aku start kereta terus berdezup menghala ke putrajaya.
dah nak sampai kajang baru perasan minyak kereta nak habis dah. bos surah exit highway sebab nak isi minyak. aku pun exit kat bandar seri mahkota kalau tak silap. lepas isi minyak masuk balik highway menuju ke putrajaya. lepas je aku melepasi tol plaza kajang rasa kereta bergoyang sikit. lama lama lagi kuat. rupa rupanya tayar belakang kena paku.
apa lagi hidupkan lampu hazard pastu parking tepi. aku try bukak pasal nak ambik hati bos tapi bos aku suruh tunggu orang datang tukarkan tayar tu. aku ngan member aku pun menunggu pomen datang sambil baca metro. nak dekat 1/2 jam member bos aku datang ngan pomen. lepas tukar bos aku suruh singgah kedai pomen tu untuk tukar tayar.
sekali pomen tu periksa dia cakap bos aku punya absorber depan ngan belakang dah rosak. tu pasal la tayar pecah sebab dia dah makan tayar dah. dia tanya bos aku nak tukar tak? bos aku suruh tukar tayar empat biji ngan absorber depan belakang. so melepak la kitaorang kat kedai tayar tu sampai dekat pukul 1:00 petang. time nak bayar bos aku tanya kena berapa hinggit, sekali aku tengok bil.... pehh... kena dekat 6000+. mak oiii aku cakap tukar tayar ngan absorber je dah macam tu punya harga. kalau aku demam siot.
lepas kitaorang bayar bil tu ingatkan nak terus balik JB rupa rupanya bos aku nak singgah puchong utama sebab ada nak tanya pasal software. aku pun ikut je la mana bos aku nak pegi. lepak lama jugak kat puchong tu, nak dekat pukul 4:00 baru kitaorang gerak keluar untuk balik menuju ke JB.
sebelum balik bos aku cakap nak jumpa sorang staff kitaorang yang ada kat shah alam. tapi kitaorang tunggu dia kat area bangi. sampai sana kitaorang dengan banggnya membedal laksa ngan cendol. aduh, kenyang gila beb. bila staff tu dah datang kitaorang pun bergerak keluar nak balik.
kitaorang singgah R&R pagoh untuk semayang. lepas semayang jamak terus pecut lagi untuk sampai cepat JB. kitaorang berhenti untuk semayang margrib kat R&R machap. sebelum semayang apa apa hal ngeteh dulu. aku pekena kopi o ngan pau daging (makan lagi). lepas makan je terus semayang. pastu terus gerak balik JB.
sampai JB dalam pukul 8:00 malam. singgah opis jap pastu terus balik rumah. sampai rumah aku mandi & makan. main ngan anak jap (nak main main ngan bini malam sikit hahahaha) terus masuk tidur. game yang MU kalah ngan Barca tu pun tak sempat nak tengok. so macam tu la life aku. jumpa pada post yang akan datang ye semua... adios
morale of the story : kitaorang tak pegi pun putrajaya. dok mengadap kereta bos sampai tengah hari. penat makan je.
May 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment