May 04, 2009

kisah seminggu

salam. minggu lepas ada bermacam macam perkara yang berlaku. firstly arsenal kalah ngan MU 0-1. tapi takpe tu main kat old trafford. baru kena 1-0, boleh relax lagi. hari rabu pagi nanti main kat emirates plak.... haaa baru korang tau macha macha yang sokong MU ni mesti hatinya jadi tertekan.
minggu lepas jugak arsenal lawan porthmouth (betul kot ejaannya). kitaorang hantar budak budak je main. otai otai sume tak main. adibahyor, fabregas, alumnia dan otai otai lain tak main. diaorang disimpan olah arsene wenger untuk perlawanan kedua champion league kat emirates nanti. pehh bang sudin... dia punya blog... dia taruk arsenal cukup cukup. takpe nanti MU main kat emirates baru ko tau. korang baru leading satu gol je.
minggu lepas jugak adik aku e-one melangsungkan perkahwinan dengan buah hatinya. dapat lagi sorang adik ipar aku. first time dalam sejarah keluarga aku melangsungkan perkahwinan kat dewan. dewan tu plak dekat ngan umah aku iaitu dewan puteri wangsa. aduh.. orang punya la ramai. alhamdullilah semua berjalan lancar. hari pulak redup je.
makanan semua settle. nasik ngan lauk habis dibelasah oleh tetamu yang datang. aku ngan adik beradik aku semua berhempas pulas menjayakan majlis adik aku sorang ni. dalam adik beradik aku tinggal tiga orang je belum kahwin. lain semua dah settle dah. ramai jugak sedara yang datang. semua pakcik ngan makcik aku datang. so nanti gambar kahwin dah siap aku updatekan kat blog aku untuk tatapan korang nanti. so jumpa lagi... adios.

ni adik aku e-one tengah akad nikah ngan ustaz mat din.

No comments:

Post a Comment