October 05, 2009

cerita tentang arsenal

Arsenal belasah Blackburn 6-2

LONDON: Arsenal membelasah Blackburn Rovers 6-2 pada saingan Liga Perdana Inggeris malam ini meskipun dua kali tertinggal sebelum menang selesa di Stadium Emirates.
Pasukan tuan rumah itu dikejutkan dengan gol awal Blackburn pada empat minit permainan bermula menerusi Steven Nzonzi sebelum pertahanan tengah Arsenal, Thomas Vermaelen menyamakan kedudukan.
Selepas itu, Blackburn mendahului semula menerusi gol David Dunn hasil serangan balas, tetapi dua minit kemudian penyerang Belanda, Robin van Persie sekali lagimenyamakankedudukan. Sebelum separuh masa tamat, Arsenal menemui rentak permainan dengan mendahului menerusi jaringan Andrei Arshavin, menjadikan kedudukan 3-2.
Cesc Fabregas menyumbat gol keempat Arsenal diikuti Theo Walcott sebelum pemain simpanan, Nicklas Bendtner menamatkan saingan Blackburn untuk gol keenam Arsenal.
Kemenangan itu membolehkan Arsenal mengekori Liverpool, yang akan bertemu Chelsea lewat malam ini. Kedua-dua pasukan berkongsi 15 mata di tangga keempat tetapi dipisahkan dengan kelebihan jaringan gol memihak kepada Liverpool. - Reuters


No comments:

Post a Comment