April 23, 2009

gunners war

salam. pagi rabu hari tu ada EPL liberpool vs arsenal. pehhhh... 4-4 siot. puas hati tengok game tu. aku nengok liberpool menyerang dah macam apa ntah. arsenal asyik kena serang je. nasib baik kitaorang terer.
malam tu ashavin berjaya menjaringkan 4 gol. diulangi 4 gol. gila siol. gila pun tak macam ni. setakat ronaldo tu apa la sangat. keeper arsenal fabianski tu nampak gugup sikit. maklumlah... jumpa team yang agak kuat. aku cakap agak tau.. bukan kuat.
aku nengok player arsenal bersungguh sungguh untuk menang. maklumlah arsenal kan dah tak kalah sejak 18 game yang lalu. ewahh. tapi aku respect kat player liberpool, memang pagi tu antara game yang terbaik penah aku tengok. aku siap buat nesafe gold, diulangi gold dua kole sebab nak layan game tu.
lepas ni adaa game paling aku tunggu, arsenal vs MU, team yg paling aku tak suka kat muka bumi ni. bang sudin kawan aku penyokong kuat MU. walaupun kami berlainan team yang kami sokong tapi kami masih boleh duduk semeja sambil nengok game bersama sama. kalau member aku bijai ada mesti best, boleh kitaorang taruk team MU masa kalah ngan arsenal nanti. mau ada rusuhan kalau MU kalah.
so to all gunners, keep the faith. katakan yang kita boleh mengalahkan MU... yaaaa kita bolehhhhhhhhh......

No comments:

Post a Comment