March 01, 2010

..........................

salam. aku ada citer apa yang berlaku kat aku sepanjang minggu lepas. aku ada dapat satu offer kat tempat kerja baru. berapa yang kompeni baru ni offer korang tak yah tau. tapi kompeni baru aku ni milik cina. budak lagi bos dia, umur baru 32 tahun. kompeni ni dekat je kat umah aku iaitu di mount austin (berdepan dengan HSI). bila difikir fikirkan aku terima la jugak tawarannya sebab banyak juga benifit yang dia offer kat aku. aku rasa sayang jugak sebab nak tinggalkan opis tempat aku kerja sekarang, tapi memandangkan yang kita ni perlu berhijrah dan dengan niat untuk memperbaiki kehidupan aku sekeluarga, aku gagahkan jugak dok mengadap bos aku pagi tadi sambil menghantar surat perletakan jawatan. sedih jugak tapi nak buat camne, aku kena kesian kat diri aku dulu baru kesian kat orang lainkan? lama jugak aku fikirkan tapi alang alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan beb. so secara automatiknya aku aku start kerja kat tempat baru tu pada 1 april 2010. kena la bagi notis sebulan kat opis baru boleh berhenti. mana boleh berhenti camtu je tak? kita datang cara baik, kita keluar pun cara baik. cuma aku rasa kerja ngan tanggungjawab aku kat opis baru nanti mesti lebih. takpe aku akan berusaha untuk menjadi yang terbaik. tamat satu citer.
pagi ahad hari tu ada game stoke vs arsenal. perlawanan memang best. tapi first half arsenal main dah macam apa ntah. serba tak kena masa first half (hisham boleh tidur plak.... tak nengok game ni). second half arsenal berjaya mengkucar kacirkan pertahanan stoke.... at last arsenal menang bergaya 3-1. tapi yang tak bestnya aaron ramsey kaki plak patah. patah macam eduardo hari tu. aku nengok semua player arsenal terkejut dengan keadaan yang menimpa ramsey terutamanya fabregas. aku rasa fabregas rasa nak tumbuk je player yang pakuk kaki ramsey. tapi takpe.... lepas ni arsenal lawan semua team bawah bawah je. at least chealsea ngan MU akan bertarung sesama sendiri. jangan cakap arsenal takde can nak jadi juara EPL tahun. aku rasa kalau tahun ni arsenal menang EPL, tahun ni yang aku rasa paling dramatik la. arsenal ada lagi 10 game lagi. at least we must try our best to win the title. for bang sudin.... i donk tink MU will win EPL this year... because??? because me speek no english pon pon.... hahahahaha

No comments:

Post a Comment