March 30, 2009

jumpa teman lama

salam. hari sabtu hari tu aku dapat satu sms. aku nengok nombor telepon macam dari utara. aku tanya sapa ni? dia jawap azhar (at) dari penang.
rupa rupanya member lama masa kat IKM dulu iaitu azhar. dia turun jb sebab ada menghadiri satu majlis perkahwinan. member aku ni dok hotel seri malaysia kat larkin tu.
dalam pukul 11 malam aku gerak dari rumah jemput member aku ni ajak gi ngeteh. dah lama aku tak jumpa member aku ni. adalah dekat 13 tahun. maklumlah, sejak meninggalkan IKM aku tek pernah jumpa dia.
firstly masa aku jumpa dia aku tengok si at ni sama je.... tak berubah macam dulu. dulu masa kat IKM dia antara mat smart kat kelas aku. pakai kasut kalau tak kilat tak sah. malam tu pun dia pakai kasut sport (kilat jugak) hahahaha....
aku pun lepak kat satu kedai kat larkin. kami berborak sambil menikmati minuman. banyak jugak yang kami cerita tentang kisah kisah lama masa kat IKM dulu. aku rasa haapy sangat sebab member member IKM masih ingat kat aku. kami bercerita tentang kerja masing masing, tentang keluarga dan macam macam lagi.
si azhar ni kahwin ngan senior kitaorang iaitu tiha. anak dia pun dah dua orang. aku ada contact member aku yang sorang lagi iaitu arbain (nama manja bain) budak jb jugak dia ni. pun dah lama aku tak jumpa dia.
at last dia sampai ngan member kamcing dia. apa lagi apabila kitaorang pun berborak sampai dekat pukul 3 pagi. si bain ni aku tak tau kerja apa. macam macam kerja dia buat. last sekali yang aku tau dia jadi jurulatih PLKN sebab masa adik aku masuk PLKN jumpa dia kat kem PLKN di desaru.
sambil berborak sempat jugak telepon member aku sorang lagi iaitu aniza (nama manja kat IKM ialah pahang). ramai member aku kat IKM yang dah kahwin. yang dah kahwin pak chop, bote, ujang, azhar, alang, zie, aieda kawin ngan laloq (sama sama classmate), niesa, anyah... tu yang aku ingat dah kawin.
yang belum kawin bain ngan aniza. yang aku lost contact ... am, hasnah, fizanie, nasri. member aku sorang lagi jadi lecturer kat IKM iaitu sham. so pada kawan kawan seIKM ada masa nanti aku nak buat reunion. cuma masa menentukan bila. so kalau korang ada baca blog aku ni contact contactlah aku k.... adios.

gambar aku, bain ngan azhar (at)

nama dia azhar (at), budak penang (member aku paling smart masa kat IKM dulu)

ni nama dia arbian (anak buah kesayangan mat nor) hahaha....






March 23, 2009

kalau dah camtu...

salam

1. kalau dah camtu nak buat camne. MU dah kalah 2 kali berturut turut.

2. kalau dah camtu si scholes (dah macam jenama selipar kat bata dah) kena kad merah, si rooney pun sama.

3. kalau dah camtu lepas ni jumpa aston villa.

4. kalau dah camtu kalau kalah jugak macam mana?

5. kalau dah camtu nak cakap team MU pressure diri sendiri?

6. kalau dah camtu bolehlah liverpool potong naik atas?

7. kalau dah camtu musti moral MU dah down kan?

8. kalau dah camtu macam mana nak dapat 5 cup taun ni?

9. kalau dah camtu meloponglah MU taun ni nak dapat 5 cup.

10. kalau dah camtu, baik penyokong MU sokong team arsenal yang sedang meningkat naik tu...

11. kalau dah camtu senang sikit sebab semua sokong arsenal... tak yah kita nak kutuk sesama sendiri.

12. kan senang kalau dah camtu? amacam.....???

p/s : buat bang sudin, kalau dah camtu.. camana nak buat?

March 22, 2009

kenduri...

salam. semalam aku menghadiri dua kenduri. kenduri pertama aku pergi menghadiri kenduri kahwin Ep ngan Ain kat bukit tiram. aku siap tepung tawar Ep. Aku nengok Ep happy je. maklumlah pengantin baru. makanan dia pun ok... sedap.
dalam pukul 11 ada beberapa game EPL. game yang aku tunggu adalah game antara Chealsea lwn Spurs dengan game MU lwn Fulham. kejutan berlaku apabila dua dua team iaitu MU dan Chealsea mengalami kekalahan. MU dah dua kali kalah berturut turut (hahaha... padan muka ngan bang sudin)
aku nengok first half MU main dah teruk dah. En. Scholes tahan bola dalam kotak penalti pakai tangan. apa lagi.... pengadil tanpa sengan silu telah melayangkan kad yang berwarna merah kepada En. Scholes (sorang kurang player MU). penalti dilaksanakan oleh En. Murphy...Golllllll 1-0 Fulham mendahului.
masuk separuh masa kedua MU dok kena attack. aku lupa plak sapa score second gol Fulham tak Encik yang menjaringkan gol tersebut telah mengayakan gol sambil lipat gunting. memang cun gol tu.. aku nengok En. Ronaldo ngan En. Rooney hati dah panas dah. main asyik nak memakok orang je...
dah nak akhir akhir perlawanan En. Rooney telah dilayangkan kad merah kerana protes ngan keputusan pengadil. apa lagi dah kena second yellow card straight kena merah.. aku nak nyanyi sikit untuk bang sudin... HATINYA JADI TERTEKAN... DIMANA JUA BERADA, DISITU AKU MENANTI.... ewah... jangan hati panas bang sudin. saje je aku nak menyakat ko. Chealsea pun kalah satu kosong ngan Spurs. cantiklah tu, dua top two team dah kalah.
game team kesanyangan aku main lambat sikit. haaa ni kenduri kedua yang hadiri malam ni. arsenal menang 3-1. gol gol arsenal dijaringkan oleh En. Bendtner, En. Diaby dan En. Nasri manakala satu satunya gol Newcastle dijaring oleh En. Martins.
Newcastle ada dapat penalti tapi berjaya diselamatkan oleh En. Alumnia. Arsenal menjaring gol pertama dahulu... tak sampai satu minit En. Martin menjaringkan gol. aku relax lagi sebab masa tu Arsenal dan control game dah.
En. Van Persie hari ni banyak assist gol. gol kedua dan gol ketiga diassistkan oleh En. Van Persie.
Arsenal akan jumpa MU dalam masa dua minggu lagi sebab minggu depan game EPL stop kejap pasal ada World Cup qualifiying.
so besok ada game Aston Villa lwn Liverpool. harap game tu dioarang seri sebab senang sikit nak kejor tean yang tiga kat atas tu. oklah buat semua peminat MU harap korang bersabar banyak. memang dah adat bola ada menang ada kalah. tapi kalau team dah nama lauk asam pedas nak buat camne... kata orang nogori sembilan... tak dapek den nak nolong ehhh ... so adios...

March 20, 2009

tazkirah jumaat

salam. sedikit tazkirah untuk kita semua.

- JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
- JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
- JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
- JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat).
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki Kita dikongsi syaitan.
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam...

March 19, 2009

muhasabah pagi

PETUA IMAM SYAFI'E

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian
Langit Dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan
Terjaga untuk solat malam...

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan
Makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

March 18, 2009

just for fun

ROMANCE MATHEMATICS
Smart man + smart woman = romance
Smart man + dumb woman = affair
Dumb man + smart woman = marriage
Dumb man + dumb woman = pregnancy

OFFICE ARITHMETIC
Smart boss + smart employee = profit
Smart boss + dumb employee = production
Dumb boss + smart employee = promotion
Dumb boss + dumb employee = overtime

menang jugak akhirnya

salam. semalam ada game FA cup lawan Hull City. Naik tension aku tengok Hull main. Hull score dulu 1-0. aku tengok Hull lepas score sebijik terus berkampung kat gol sendiri.
masa nak habis separuh masa anak aku tersedar. anak aku ni bukan boleh kalau aku bangun dari katil, tau je aku takde kat sebelah. aku pun layan tepuk, aku nengok mata dia dah pejam, aku pun bangun slow slow..... baru nak bukak pintu bilik dia dah menjerit... ayah.. ayah... aduh... budak ni tak tau ke aku nak nengok bola.
at last aku buatkan susu... tepuk tepuk dia (naik lenguh tangan aku) ... last last dia tidur. second half aku nengok arsenal dah start menyerang. dengan kemasukan nasri ngan bendtner menambah sengat dibahagian hadapan. bermula dengan gerakan bendtner gol pertama arsenal dihasilkan. lepas tu adalah dua tiga peluang terlepas depan gol...
dah nak habis masa dapat pulak free kick tak jauh dari kotak penalti. nasri sungkit bola kehadapan pintu gol dan keeper cuba tepis tapi bola kebelakang keeper... gallas menanduk bola tu ke gawang gol dan gol kedua tercipta (tapi aku rasa masa tu gallas offside tapi pedulik apa janji gol).
so lepas ni arsenal akan jumpa chealsea di stadium wembley. MU plak jumpa everton. hopefully dapat jumpa MU di final. so to gunners supporter... keep the faith... adios...