April 14, 2010
lama sungguh....
March 01, 2010
..........................
pagi ahad hari tu ada game stoke vs arsenal. perlawanan memang best. tapi first half arsenal main dah macam apa ntah. serba tak kena masa first half (hisham boleh tidur plak.... tak nengok game ni). second half arsenal berjaya mengkucar kacirkan pertahanan stoke.... at last arsenal menang bergaya 3-1. tapi yang tak bestnya aaron ramsey kaki plak patah. patah macam eduardo hari tu. aku nengok semua player arsenal terkejut dengan keadaan yang menimpa ramsey terutamanya fabregas. aku rasa fabregas rasa nak tumbuk je player yang pakuk kaki ramsey. tapi takpe.... lepas ni arsenal lawan semua team bawah bawah je. at least chealsea ngan MU akan bertarung sesama sendiri. jangan cakap arsenal takde can nak jadi juara EPL tahun. aku rasa kalau tahun ni arsenal menang EPL, tahun ni yang aku rasa paling dramatik la. arsenal ada lagi 10 game lagi. at least we must try our best to win the title. for bang sudin.... i donk tink MU will win EPL this year... because??? because me speek no english pon pon.... hahahahaha
January 11, 2010
waktu yang digalakkan untuk minum air
2 gelas air - selepas bangun dari tidur - dapat mengaktikan organ dalaman
1 gelas air - 30 minit sebelum makan - membantu penghadaman makanan
1 gelas air - diambil sebelum mandi - dapat membantu menurunkan tekanan darah
1 gelas air - sebelum tidur - dapat mengelakkan strok & serangan jantung
p/s : kredit kepada penulis YB idham lim.
taska suria pagi
semenjak anak aku dihantar ke pusat jagaan tersebut, alhamdullilah kebanyakkan doa doa yang lazim anak aku dah hafal. dari doa makan, doa masuk tandas, doa tidur dan ada la doa doa lain. yang bagusnya kalau aku nak masuk toilet dia mesti ingatkan aku suruh baca doa dulu sebab kalau tak baca dia cakap setan akan ikut kita masuk toilet sekali. masa nak tidur senang je aku cakap... kimi baca doa tidur... aku mengaminkan saja. sama sama dapat pahala tu.
lagu pun kat pusat jagaan tu ada ajar jugak. ok la sebab banyak yang diajar lebih kepada lagu keislaman. tahun ni aku hantar anak aku masuk pra sekolah. nasib baik pusat jagaan ni ada sediakan pengangkutan untuk anak aku balik ke pusat jagaan tu. kalau tak pening jugak aku sapa nak amik anak aku nanti.
pagi tadi baru aku perasan yang kopiah anak aku takde kat rumah. puas aku cari satu rumah tak jumpa. masa hantar barang barang anak aku ke pusat jagaan tu aku tanya kat mak su (chief yang jaga anak aku) ada tertinggal kopiah anak aku kat pusat jagaan tu tak? dia cakap nanti dia check dulu. ngam ngam aku tengah sarapan tadi dia hantar mesej kat aku ngan wife aku kopiah tu tertinggal kat sekolah. aku rasa puas hati betul sebab sekejap je dia mengambil tindakan.
bukan macam sesetengah kakitangan kerajaan tu.... lambat mengambil tindakan... semua nak kena marah dengan masuk tv baru la terhegih hegih nak amik tindakan (ayat untuk makcik intan & bang sudin.... jangan marah haaaaaa) sekali lagi tahniah untuk pusat jagaan SURIA PAGI sebab jaga anak aku ....... adios
January 10, 2010
oh wenger... dengarlah rintihan hatiku....
p/s : harap harap wenger baca blog aku ni sambil memegang kamus BESTAR.. senang nak translate nanti...
January 06, 2010
posting oh posting....
minggu ni anak aku dah masuk sekolah tadika dah. tu la, diam tak diam dah sekolah dah anak aku. rasanya macam baru je lagi anak aku dilahirkan .... tup tup dah sekolah. macam biasa la anak aku ni kalau bangun pagi punya la susah. kalau tak nangis tak sah. mandi konpom nak air panas punya. kalau zaman aku dulu kalau nak mandi air panas mampus kena debik dengan mak aku sebab mak aku cakap dulu pun dia mandi air sejuk. air perigi lagi tau.
tu la budak budak zaman sekarang, semua kemudahan dah ada depan mata. pentik je semua dapat. nak mainan aku belikan. kat rumah tu dah nak dekat dua bakul mainan dia. nak mc donald's aku belikan. pantang nampak iklan, semua yang kat iklan tu semua dia nak. tapi takpe sayang punya pasal semua aku turutkan je. tapi berpada pada jugak la apa yang aku turutkan. setakat yang mampu bolehlah aku belikan.
tapi kalau dah iklan kapal terbang suruh aku beli kapal terbang mau pengsan aku nak beli. nak bajak la, kereta nak ada spoiler.... takde spoiler tak nak. kereta flash and dash (siap kenal tau mana satu kereta flas and dash). ok la at last kalau aku free lagi teman hupdate k.... adios
December 01, 2009
November 24, 2009
lambaian kaabah
alhamdullilah, bijai akan dapat dan pergi menunaikan ibadah haji tahun ni. aku cuma berdoa agar bijai dianugerahkan dengan haji yang mabrur. amin.... mungkin dah rezeki dia sebab dah terlanjur bekerja disana alang alang boleh buat haji sekali.
cuma aku berfikir sendiri bila agaknya aku dapat pergi menunaikan haji.... at least dapat pegi buat umrah pun dah kira ok dah. insyaallah, aku sentiasa berdoa semoga aku dipermudahkan rezeki supaya aku dapat menjejakkan kaki aku ke tanah suci mekah satu hari nanti. amin ya rabbal alamin.....
p/s : selamat menunaikan haji pada Norezal Bin Othman... Moga mendapat haji yang mabrur..... (ada jugak member aku yang dah jadi haji...)
November 23, 2009
kursus pengurusan jenazah di surau Az Zakirin
kursus ni bermula pada pukul 9:00 pagi dah berakhir kira kira pukul 12:30 pagi. banyak jugak ilmu yang aku dapat. ustaz dari pejabat agama tu bercerita daripada adab adab melawat orang sakit, orang yang sedang sakit nazak, orang baru meninggal dan pengurusan jenazah dari mula hingga la akhir. yang bagusnya lagi dia ustaz ni siap ada buat latihan secara praktikal macam mana nak mandikan jenazah dan mengkafankan jenazah.
pada mula mulanya masing masing tak nak jadi model, last last pak bilal yang kena jadi model. dengan menjalani kursus ni ada la sedikit pengetahuan aku tentang cara pengurusan jenazah ni.
November 10, 2009
P1 MAX....
kebetulan semalam aku pegi bayar bil untuk opis aku. so, aku pun pegi la bayar kat TM centre taman ungku tun aminah. aku nengok nombol (bijai kalau cakap nombor memang sebut nombol) giliran aku lambat lagi, aku pun singgah kejap kat kedai P1 Max ni. kedai dia betul betul sebelah dengan kedai TMNet (macam dok menganjing je kat TM).
dalam kedai P1 Max tu ramai jugak orang. aku pun tak tau mana satu pekerja, mana satu pelanggan. pastu ada sorang budak cina, (gemuk gemuk cam bang sudin) tegur aku... "ya boss, mau pakai P1 Max ka?' dia tanya. aku jawap balik "tak... saya mau tanya dulu" aku jawap.
belum aku nak ajukan soalan dia tanya aku dulu.... "boss rumah area mana aaaaaaa??" tanya budak cina yang gemuk macam bang sudin ni..
aku cakap aku duduk area tiram. dia tanya aku lagi tiram mana area? aku tanya balik la, kenapa? itu P1 Max takde coverage ke kat tiram. terus budak cina gemuk cam bang sudin tu cakap..... "oooooo itu P1 Max aaaaaa dia ada cover sampai pelangi indah sahaja"... aku cakap balik "ooooo, sampai pelangi indah je..." aku nengok budak cina gemuk cam bang sudin tu pun dah macam malas nak layan aku. aku pun cakap terima kasih terus belah tunggu giliran nak bayar bil.
moral of the story : nengok iklan tepi highway, dalam surat khabar dan dalam media massa macam best je... rupa rupanya P1 Max ni haram jadah dia punya coverage tak meluas lagi. pas tu promote macam haram... baik pakai celcom berukband dari guna P1 Max ni.... potong? potong?... lanchauuuuu
November 05, 2009
kenangan lama...
cousin aku ada upload gambar kat facebook masa aku kecik kecik dulu. gambar ni masa aku kat rumah arwah atuk aku kat muar. aku pun tak ingat sapa yang amik gambar ni. dulu mana la ada kamera digital cam sekarang. rumah arwah atuk aku pun dah takde sebab dah kena makan anai anai. so korang tengok la gambar masa aku muda muda belia gitu... teringat masa kecik kecik kalau semua sepupu sepupu aku berkumpul mau bergegar rumah arwah atuk aku masa tu... happy time always... adios...
meeting di terengganu polo club
ini la first time aku meeting bersama sama dengan orang orang kenamaan. selama ni pergi meeting dengan ikan ikan bilis je. sekali ni meeting dengan kerabat diraja gugup jugak. mana la tau diaorang tanya ntah apa apa nanti.
aku bertolak dari JB dalam pukul 5:00 petang. bos aku suruh ikut segamat je pasal macam lebih dekat berbanding ikut mersing. dengan berbekalkan kereta mercedes bos aku, aku pun drive menuju ke kuala terengganu. cuaca pulak agak lembab sebab sepanjang perjalanan hujan turun.
sepmat la jugak berhenti makan kat paka sebab on the way tu aku dah makan macam macam makanan ringan. asam, kerepok mister potato, gula gula.... air takyah cakap ntah berapa botol aku minum. tu yang asyik berhenti buang air kecil je.
akhirnya sampai jugak ke Terengganu Equatrian Resort (TER) tepat pukul 1:00 pagi. terus check in pasal nak jalan pun nak buat mende... hujan dan hari pun dah larut malam.
besoknya pagi pagi dah bangun sebab nak pekena nasi dagang yang menjadi kebanggan rakyat terengganu tu. kat johor bukan takde jual tapi dah alang alang sampai terengganu ni, rasanya lebih enak makan nasi dagang pasal bos aku cakap setakat nasi lemak dengan roti canai kat johor pun belambak.
laman polo (tempat ngeteh kaki kaki polo sebelum main polo) teringat aku lounge mak minah dalam citer masam masam manis tu....lepas berjalan lebih kurang pegi pulak opis kontraktor pasal nak downloadkan drawing untuk presentation nanti. sempat jugak bos aku singgah beli baju batik. aku nengok je la pasal takde planning pun nak beli baju batik.
lepas berbincang lebih kurang kitaorang pun menuju balik ke TER sebab nak setup equipment untuk presentation nanti. lepas setup aku balik ke hotel untuk bersiap untuk meeting petang nanti. sempat jugak la sembahyang kat masjid terapung sebelum balik ke hotel sebab masjid ni betul betul sebelah dengan hotel aku.
meeting dijangka akan bermula pukul 2:00 petang tapi Tengku Badrul sampai dalam pukul 3:30 petang. penat nunggu sampai perut aku lapar gila sebab tak ambik lunch. tapi aku suspek betul la sebab first first Tengku Badrul tu mintak maaf pasal lambat sebab ada perkara yang tak dapat dielakkan. nasib baik presentation tu pihak kontraktor yang buat presentation... selamat aku. kalau tak mau berbuih mulut aku nak bagi presentation.
presentation habis dalam pukul 5:00 petang. nasib baik diorang ada sediakan makanan. apa lagi aku dengan rakusnya makan sebab perut aku dah lapar gila dah. dah la tu duduk dalam air cond lagi. lagi la aku cepat lapar.
lebih kurang pukul 6:30 petang bertolak balik dan sampai JB dalam pukul 2:00 pagi. terus amik kereta aku kat rumah member aku terus balik rumah. harap harap dapat pegi lagi kuala terangganu ni... adios
October 27, 2009
kejadian tempoh hari
Mayat anak tanpa kepala
Apa yang meyakinkan Fadzilah Abdul Malik, 38, bahawa jasad yang kaku terbaring di atas meja pembersihan di Bilik Mayat Hospital Sultan Ismail (HSI) itu adalah anaknya Arfan Danni Asri ialah baju-T berwarna biru cair yang dipakainya.
Anak ketiga daripada lima beradik itu dikatakan terjatuh dalam longkang besar berhampiran kediamannya sebelum dihanyutkan arus deras tiga hari lalu, dijumpai kira-kira jam 1.45 tengah hari semalam, di kuala Sungai Tiram, tanpa kepala dipercayai dimakan binatang liar.
Menceritakan detik memilukan itu, Fadziah berkata, ia berlaku pada jam kira-kira 3 petang Jumaat lalu apabila Arfan Danni yang keluar bermain di taman permainan kanak-kanak berdekatan rumahnya Jalan Lading 40, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram itu, hilang dipercayai tergelincir ke dalam longkang berukuran kira-kira 0.5 meter.
“Saya membenarkan Arfan Danni bermain bersama abangnya, Amir Danis (6) dan adik perempuannya, Arfina Farisah (4), kerana ketika itu awan masih cerah.
“Tidak lama kemudian, hujan lebat dan saya meminta anak sulung, Aiman Daniel (8) untuk memanggil adik-adiknya untuk memasuki rumah. Tiba-tiba, Amir berlari sambil menjerit Danni hanyut.
“Saya berlari untuk melihat Danni tetapi tidak lagi ternampak kelibatnya sehingga menyebabkan saya mula panik,” katanya sambil memberitahu tidak menyedari sebarang perubahan tingkah laku yang berlaku ke atas anaknya itu.
Katanya, beberapa jirannya membantu menghubungi Polis sebelum usaha mencari dijalankan di sekitar longkang dan Sungai Tiram.
Menurutnya, sepanjang usaha mencari Danni dilakukan adalah detik yang paling mencemaskan dan sukar ditempuhi ahli keluarganya kerana ketika itu mereka diselubungi dengan pelbagai perasaan di samping tidak putus menaruh harapan Danni selamat.
“Kira-kira jam 2 petang (semalam) keluarga kami menerima panggilan daripada polis menyatakan jenazah Danni sudah ditemui di kuala Sungai Tiram di sini.
“Tidak dijangka baju kegemaran yang dipakainya selalu akhirnya membantu kami mengenal pasti jenazahnya yang pada mulanya sukar dikenali. Kami redha dengan dengan pemergiannya dan berterima kasih pada pihak berkuasa yang bertungkus-lumus mencarinya,” katanya.
Sementara itu, nenek mangsa, Rahmah Nyop, 60, berkata dia tidak menjangka mimpinya beberapa minggu lalu seolah-olah memijak lumpur di kediaman anak perempuan bongsunya itu membawa petanda buruk.
“Kami masih terkilan dengan kejadian menimpa cucu kesayangan itu,” katanya ketika ditemui di kediaman mangsa di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob yang mengesahkan kejadian itu, berkata gerakan mencari mayat dijalankan oleh polis, bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan Unit Komando.
nota : kejadian ni berlaku betul betul berdekatan dengan rumah aku. moga roh mangsa ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. amin.
October 22, 2009
mitos tentang panaskan enjin kereta diwaktu pagi...
Sekadar berkongsi.
Aku hari2 kasi panas enjin without fail. Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.
Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana?
Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?
Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?
The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.
Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.
Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.
Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.
Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.
Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.
Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?
Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin.. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?
Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.
Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.
October 20, 2009
selamat hari jadi sayang....
moga wife aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...semoga menjadi isteri yang solehah dan menjadi mama yang terbaik untuk ahmad hakimi ariff.... amin...
October 19, 2009
bang bang boom




salam. hujung minggu lepas aku ada attend satu wedding cousin aku kat batu pahat. alhamdulillah semuanya berjalan lancar. rumah cousin aku ni buat wedding pakai catering. dari masak sampai la kepada basuh pinggan... orang rewang... semuanya diuruskan oleh pihak yang menerima catering.
bagus jugak cousin aku buat camni. at least family yang jauh jauh tu datang tak payah la nak menyusahkan diri tolong. bukannya apa cuma kalau semua pihak catering dah buat semuanya, at least saudara mara semuanya dapat relax sikit.
dalam pukul 2:00 camtu ada bebudak dari rancangan BANG BANG BOOM datang menerjah. aku pun pelik jugak camne la crew crew ni boleh sampai kat wedding cousin aku ni..? rupa rupanya dioarang ada buat pengambaran kat sekitar batu pahat.
so diaorang raound round dan terus terjah ke wedding cousin aku ni. ok la jugak, sempat jugak la aku berborak dengan si amat ngan azahari tu. pecah perut la jugak berborak dengan diaorang. budak dua ekor ni mamang lawak gila. cuma aku tak jumpa si bobo tu sebab si amat cakap dia MC. ntah ye ntah tidak je. dioarang datang makan je, pastu diorang terus beredar.
aku balik dalam pukul 4:00 petang sebab hari ahad mentua aku nak datang rumah pasal nak dekat tiga minggu jugak dioarang tak jumpa ngan anak aku. dah rindu sangat kot.. ok la prend... adios...
October 06, 2009
harga rokok naik lagi...
kalau nak dikira sebulan je perbelanjaan untuk rokok sahaja sudah mencecah kepada RM300.00. wife aku dah bising jugak suruh berhenti tapi aku seperti biasa.... buat buat tak dengar je. ada juga niat dalam hati nak berhenti jugak. insyaallah... aku rasa sudah sampai masanya aku berhenti hisap rokok ni. komon... u can do it ajak...
October 05, 2009
cerita tentang arsenal
Arsenal belasah Blackburn 6-2
LONDON: Arsenal membelasah Blackburn Rovers 6-2 pada saingan Liga Perdana Inggeris malam ini meskipun dua kali tertinggal sebelum menang selesa di Stadium Emirates.
Pasukan tuan rumah itu dikejutkan dengan gol awal Blackburn pada empat minit permainan bermula menerusi Steven Nzonzi sebelum pertahanan tengah Arsenal, Thomas Vermaelen menyamakan kedudukan.
Selepas itu, Blackburn mendahului semula menerusi gol David Dunn hasil serangan balas, tetapi dua minit kemudian penyerang Belanda, Robin van Persie sekali lagimenyamakankedudukan. Sebelum separuh masa tamat, Arsenal menemui rentak permainan dengan mendahului menerusi jaringan Andrei Arshavin, menjadikan kedudukan 3-2.
Cesc Fabregas menyumbat gol keempat Arsenal diikuti Theo Walcott sebelum pemain simpanan, Nicklas Bendtner menamatkan saingan Blackburn untuk gol keenam Arsenal.
Kemenangan itu membolehkan Arsenal mengekori Liverpool, yang akan bertemu Chelsea lewat malam ini. Kedua-dua pasukan berkongsi 15 mata di tangga keempat tetapi dipisahkan dengan kelebihan jaringan gol memihak kepada Liverpool. - Reuters
berjumpa kembali.
salam. lama jugak la aku tak update blog aku ni. rasa rasanya nak puasa hari tu aku last update blog aku. bukan tak nak update tapi aku sibuk dengan tugasan tugasan yang tak pernah habis. melayan kerenah kawan kawan ngan keluarga aku. mana sibuk dengan puasa lagi...
beberapa hari lalu aku telah menyambut hari lahir aku yang ke..... (macam artis la pulak kena rahsiakan tarikh lahir). best pren aku bijai dah balik arab dah. maklumlah, mencari rezeki sampai sana. tapi kali ni dia bawak semua family dia sekali. bagus jugak dia bawak family dia ke sana. at least sakit pening family dia ada depan mata.
best pren aku sorang lagi akan dipindahkan ke sarawak. so secara ilmiahnya aku telah kehilangan dua orang best pren aku buat sementara. nak buat camne, masing masing ada tanggungjawab dan tugasan. tapi takpe insyaallah kita orang akan berjumpa lagi.
so buat kawan kawan semua yang masih ada disemenanjung malaysia ni, ingat ingat la aku kat sini. insyallah nanti aku uploadkan gambar masa hari raya hari tu... adios....

























